‏ Syurga Andalusia yang hilang

Cerita Utama Minggu Ini Zalika Adam 04-Ogo-2020
Mezquita atau Masjid Cordoba di Andalusia, Sepanyol (kini sebuah katedral) © Alvaro German Vilela | Dreamstime.com

Sepanjang lapan abad bermula daripada penaklukan Thariq Ibn Ziyad, Sepanyol dan beberapa bahagian Portugal sudah muncul sebagai Tamadun Islam yang berkembang maju.

Sehinggalah sampai kepada pengasas Andalusia iaitu Abd al-Rahman, usaha beliau menjadikan Andalus sebagai sebuah republik sudah mampu berdepan dengan musuh.

Pemimpin yang hebat daripada bani Umayyah

Keadaan yang sama diteruskan selepas beliau oleh ramai pemimpin yang hebat daripada bani Umayyah. Seterusnya, kepimpinan diteruskan oleh Muhammad bin Abi Amir (Al-Mansur) yang dianggap pengawal kerajaan Islam di Andalusia.

Kemudian, semua peristiwa berikutnya disahkan tahun demi tahun bahawa Andalusia sudah berpecah dan jatuh ke tangan satu kumpulan dan berlakunya beberapa konflik kaum yang terdiri daripada minoriti penduduk Arab di sana.

Sebenarnya, pada tahun-tahun pertama abad ke-5 Hijrah/11 Masehi, telah bermula penularan wabak berbahaya yang berlaku terhadap Islam Andalusia. Ia merupakan kejatuhan kerajaan Amiriyah dalam hubungannya dengan Al-Mansur.

Maka, itulah pemerintahan terakhir bagi kerajaan Islam Andalusia. Seterusnya, telah diketahui sejak hari itu bahawa cucu-cicit Abd al-Rahman yang masuk dari Bani Umayyah tidak akan melindungi Islam di Andalusia seperti pemimpin yang lain. Andalusia berpecah kepada beberapa kekuatan yang saling bertentangan.

Maka, beberapa orang Berber yang berhijrah ke sana mempunyai harapan untuk memimpin dan menguasai Andalusia. Bahkan, sekumpulan dari Saqqala yang sudah menguasai beberapa kepimpinan sebelum kedatangan Al-Mansur memimpin kerajaan itu.

Setelah itu, Al-Mansur menjauhkan dan mneghancurkan mereka. Selain Suku-suku Arab, yang dipimpin oleh ‘Yaman’ dan ‘Al-Qaysiya’, kelihatan pada kedua-duanya perselihan terhadap pemerintahan sepanjang lahirnya Islam di Andalusia. Kemudian kekallah Bani Umayyah atau pengikut setia mereka.

Syurga Andalusia mulai hilang dari tangan penduduknya

Percampuran yang ada di tanah itu memberi peringatan bahawa malapetaka yang tiada kedudukan, (tiada tempat) terutama kerana semua kekuatan ini memperjuangkan pemilikan dan penguasaan. Hal ini diishtiharkan kejatuhan khalifah Umayyah dan penubuhan kerajaan-kerajaan kecil yang berkorban dan bertelingkah. Keaadaan ini juga memberikan kekuatan untuk berbunuh-bunuhanan, menunjukkan celaan musuh pada kumpulan tertentu dan mempertahankannya.

Golongan-golongan Islam di Andalus sudah keluar daripada kesatuan Islam dan mereka menjadi musuh kepada Jahiliyyah yang pertama. Keadaan berganti daripada kekuatan yang mencabar kepada mempertahankan tanah daripada musuh yang sedang menunggu peluang. Kemudian, banyak pedang dihalakan ke arah umat Islam di Andalusia dan kelemahan mula menimpa negara Islam di sini.

Selepas konflik yang panjang, muncul hampir 20 buah kerajaan kecil di Andalusia. Masyarakat Berber, Arab dan Shaqalibah bertelingkah. Seterusnya, berubahlah setiap bandar yang kecil kepada satu kerajaan. Kemungkinan dua orang berada di satu bandar menjadi dua kerajaan.  Keadaan ini dikenali sebagai era republik beraja. Hanya keesokannya setiap kumpulan mempunyai seorang raja yang diperintah dan ditadbir secara berasingan oleh kumpulan-kumpulan lain.

Maka, lahirlah perkara-perkara yang tiada diingini iaitu berlakunya konflik dalaman antara kota-kota dan negara-nergara yang membangun. Perkara ini menyebabkan berlakunya perkara yang bahaya yang menjadi penyebab langsung kejatuhan Andalusia. Iaitu menjalinkan hubungan bersama-sama musuh dan membantu golongan Muslimin daripada penduduk-penduduk kota yang lain.

Setelah beberapa tahun berlalu, syurga Andalusia dan impian besar mulai hilang dari tangan penduduk Andalusia, Arab dan golongan Muslim. Pasukan yang bermusuhan membantu dalam pertempuran yang dipanggil sebagai ‘Perang Pemulihan’.

Banyak kempen dimulakan dari semua pihak, Alfonso VI dari Dinasti Castile dan Leon melancarkan ke atas beberapa Emiriah Islam penghormatan dan royalti Andalusia yang dia ambil dari mereka setiap tahun untuk memperkuatkan pemerintahan mereka.

Kerajaan Islam Granada jatuh di Andalusia

Kelihatan jelas bahawa Alfonso melindungi Islam dan umat Islam di kepulauan Andalusia. Setelah itu, bermulalah hari demi hari perkembangan berlaku. hingga Alfonso memperoleh Toledo pada tahun 478 Hijrah / 1085 Masehi.  Selepas itu, berlakunya satu tamparan hebat yang dialami oleh umat Islam di Andalusia.

Al-Mu’tamid bin Abbad, merupakan seorang raja Andalusia yang paling kaya. Apabila baginda menyedari bahawa Alfonso akan datang ke semua kerajaan untuk menggugat dirinya sendiri, baginda memutuskan untuk menggunakan ahli-ahli kesatuan dari musuh Maghribi.

Ketika Almoravid tiba, mereka dapat menghentikan kemajuan Alfonso melawan kerajaan-kerajaan Islam di Andalusia. Dinasti Almoravid ialah kerajaan Islam bangsa Barbar (Berber) dari Sahara yang berkembang ke wilayah yang luas di bahagian utara dan barat Afrika sehingga Semenanjung Iberia atau al-Andalus pada kurun ke-11. Mereka juga dapat memulihkan kota-kota, tetapi situasinya tetap seperti dari bahagian Andalusia dan tersebar.

Keadaan tidak bertambah baik pada zaman Almohad (selepas Almoravid). Mereka biasanya memperoleh kemenangan melalui bantuan orang lain. Mereka juga gagal membina satu kekuatan yang selaras, yang boleh menakluk dan mempertahankan republik secara serentak seperti keadaan sebelumnya.

Pada tahun 897 Hijrah bersamaan 1542 Masehi, Granada iaitu kerajaan Islam terakhir, jatuh di Andalusia dan umat Islam terusir dan menjauhinya. Akhirnya, sudah jelas Andalusia telah menjadi sebuah syurga yang hilang sejak zamannya.