Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya

10 Makanan Bertenaga di Bulan Ramadan

Selera Rahayu Mat Nah 03-Mei-2019

Untuk memastikan tubuh badan kekal bertenaga dan tidak mengalami masalah kesihatan, anda perlu makan secara sihat. Makanan yang tepat boleh menjauhi diri daripada masalah sembelit, dehidrasi, kembung perut, kandungan gula rendah dalam darah dan sebagainya.

Jadi apa makanan yang anda patut ambil sepanjang tempoh berpuasa ini? Jom semak senarai di bawah :-

1) Oat – Selain bagus untuk kesihatan jantung, oat juga memberi tenaga berpanjangan.

2) Madu – Air madu bersama perahan lemon membantu menghilangkan dahaga dan baik untuk penyahtoksikan.

3) Jus/ Susu Kurma – sangat bagus untuk meningkatkan tenaga untuk kekal bertenaga sepanjang hari.

4) Roti bijirin – bijirin lebih lambat dibakar oleh tubuh badan, jadi ia memberi rasa kenyang sepanjang hari.

5) Jus tembikai – selain menyegarkan, jus tembikai juga bagus untuk menyingkirkan sisa toksin dalam badan sehingga membuat tubuh badan terasa lebih cergas.

6) Kentang – mengandungi karbohidrat kompleks yang tinggi serta memiliki kandungan vitamin C, vitamin B6, zat besi dan memiliki serat yang tinggi.

7) Pisang – kaya dengan vitamin C, mengandungi kandungan potasium dan berserat tinggi. Sebiji buah pisang mengandungi 24 gram karbohidrat. Sesuai dimakan begitu sahaja, atau dicampur ke dalam hidangan.

8) Betik- dengan kandungan 88 peratus air, ia membantu kamu kekal hidrat. Secawan betik memberikan tiga gram fiber untuk 55 kalori.

9) Daging / ikan – pengambilan protein boleh membekal tenaga sepanjang hari.

10) Kekacang – Segenggam kekacang pelbagai jenis mampu membekalkan tenaga untuk kekal cergas  sepanjang hari kerana kaya dengan serat, vitamin dan  mineral yang mencukupi sepanjang berpuasa.

 

Kredit foto : Wesual Click , Claudio Schwarz @purzlbaum, Maddie Bazzocco, Unsplash