Muslim Compliant Web Environment. Ketahuiselanjutnya

10 Makanan Mengurangkan Risiko Kanser Payudara

Selera Rahayu Mat Nah

Memetik laporan Kosmo Online bertarikh 18 Mei 2019, satu kajian mendapati amalan makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran serta mengurangkan pengambilan makanan berlemak mampu mengurangkan risiko kematian akibat kanser payudara bagi wanita.

Fakta itu dihebahkan hasil daripada kajian yang dikeluarkan oleh Women’s Health Initiative, dan ia dipandang serius oleh pakar-pakar perubatan memandangkan ia dijalankan dalam tempoh dua dekad sejak 1990-an dan membabitkan 48,835 responden wanita berusia 50 hingga 79 tahun.

Rajin mengambil sayuran hijau dan buah-buahan adalah salah satu cara untuk mengurangi risiko terkena kanser payudara. Berikut 10 jenis makanan yang dapat menjaga kesihatan payudara anda.

 

1) Lobak Merah

Penelitian yang dilakukan di Universiti Harvard, Amerika Syarikat mendapati mereka yang mengambil makanan yang mengandungi banyak karotin setiap hari dapat mengurangkan risiko kanser payudara. Salah satu sayuran yang kaya dengan karotin adalah lobak merah.

 

2) Bayam

Sayuran seperti bayam mengandung antioksidan dan serat. Bahan ini sangat berguna sebagai agen anti kanser yang paling efektif.

Bayam mengandung antioksidan lutein, yang memainkan peranan penting dalam melindungi terhadap kanser payudara, mulut dan perut. Sayuran ini mengandung karotenoid yang bekerja melawan radikal bebas.

3) Beri Biru

Buah ini telah terbukti menurunkan pertumbuhan sel tumor payudara. Ia mengandungi polifenol, memiliki sifat anti-kanser dan mengandung banyak vitamin dan mineral penting yang membantu mencegah kanker payudara.

Buah ini juga mengandung antioksidan dan bahan kimia penting yang membantu mencegah pertumbuhan sel kanker.Makan satu hidangan beri biru setiap hari untuk mengurangkan risiko kanser.

 

4) Tomato

Tomato mengandung banyak antioksidan yang membantu mencegah kanser. Warna merah tomato mengandung likopen yang membantu mencegah pertumbuhan sel kanser payudara.

5) Oren

Hampir semua orang tahu bahawa vitamin C merupakan zat antioksidan yang paling kuat, yang secara efektif dapat menjaga kesihatan payudara.

Semakin selalu anda mengambil buah oren, semakin banyak antioksidan yang ada di dalam tubuh badan. Buah ini juga memiliki peranan penting terhadap peningkatan sistem imunisasi.

 

6) Bawang Putih

Bawang putih kaya dengan antioksidan yang dapat mencegah efek radikal bebas yang merupakan penyebab utama penyakit kanser.

Sebatian Allium yang terdapat pada bawang putih dikatakan dapat membantu meningkatkan pertahanan semula jadi badan terhadap kanser.

 

7) Lemak Ikan

Lemak Omega-3 asid yang terkandung di dalam ikan berlemak seperti salmon, tuna segar, herring dan ikan kembung, bukan sahaja telah terbukti menyumbang kepada kesihatan jantung, tetapi juga dianggap melindungi dan melambatkan penyebaran hormon sel-sel tumor yang berkaitan.

 

8) Buah Delima

Buah dengan warna merah menawan ini diketahui boleh menghalang pertumbuhan hormon pemicu kanser payudara. Ini kerana kandungan ellagic acid yang terkandung di dalamnya dapat mengawal jumlah hormon esterogen sehingga risiko kanser payudara dapat dicegah.

 

9) Cendawan

Berdasarkan data yang dicatat dan diterbitkan oleh International Journal Of Cancer, wanita yang mengambil cendawan segar sekurang-kurangnya 10 gram setiap hari memiliki risiko 2/3 terhindar daripada mengidap kanser payudara.

Sementara mereka yang mengambil cendawan serta rajin minum teh hijau terbukti mendapat bekalan vitamin dan mineral yang lebih tinggi sehingga risiko dijangkiti kanser payudara menjadi lebih rendah.

10) Kunyit

Bahan popular dalam masakan Asia ini mengandungi bahan anti kanser daripada curcumin yang membantu mencegah pertumbuhan sel kanser payudara, perut, paru-paru dan kulit.

Kunyit kaya dengan antioksidan dan anti-inflamasi, yang membantu memperlambat penyebaran kanser payudara.

 

Sumber :
http://www.kosmo.com.my / www.tribunnews.com

Kredit foto : Luke Michael, Chiarra Conti, Jenn Kosar, Lars Blankers, Unsplash