10 Snek Lewat Malam Yang Menyihatkan

Ketika waktu menginjak ke jam 11 .00 malam, perut anda mula berbunyi-bunyi minta diisi. Padahal jam 8.00 malam tadi anda sudah pun menikmati sepinggan Pesto Pasta Bersama Ayam Panggang.

Jika berhadapan dengan situasi ini, apa yang anda lakukan? Cepat-cepat masuk tidur atau mula selongkar peti sejuk atau cabinet dapur mencari makanan yang boleh dinikmati?

Jika anda sering berhadapan dengan situasi ini, anda harus tahu jenis-jenis makanan atau snek yang sesuai untuk lewat malam. Ini kerana jika tersalah pilih, banyak risiko kesihatan lain yang terpaksa anda tanggung di kemudian hari.

Satu fakta yang anda harus tahu, anda masih boleh makan sesuatu akan tetapi elakkan makanan yang melebihi 300 kalori. Jom semak senarai snek yang boleh anda nikmati pada lewat malam.

 

1) Popcorn / bertih jagung

Popcorn memang dibolehkan, tetapi jangan berangan untuk makan semangkuk popcorn caramel atau kaya dengan mentega. Sebaliknya, buat popcorn sendiri dengan perisakannya dengan paprika, serbuk kulit kayu manis atau sedikit garam untuk menambah selera. Sedikit madu juga tidak memudaratkan.

2) Pisang

Pisang bukan sahaja menyihatkan dan mengenyangkan, tetapi ia juga adalah sumber terbaik triptofan yang membantu anda mendapatkan tidur lena.

3) Puding Biji Chia (Chia Seed)

Sediakan Puding Biji Chia setiap hari jika anda punya kebiasaan makan pada lewat malam. Tidak susah menyediakannya dan anda boleh buat carian di internet untuk resipi. Biji chia mengandungi Omega3 untuk kesihatan jantung, protein, serat, antioksida dan nutrien-nutrien penting seperti kalsium, magnesium dan vitamin B3. Ia boleh memberi rasa kenyang yang panjang.

4) Yogurt Rendah Lemak

Snek ini amat popular di kalangan mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Dengan kandungan kalori serendah 100 hingga 150, kajian mendapati yogurt dapat membantu melegakan perut daripada masalah penghadaman.

5) Sebiji epal dan mentega kacang

Mungkin anda tidak tahu dan tidak pernah mencuba menu ini. Tapi menu ini agak popular di kalangan di kalangan mereka yang cuba menurunkan berat badan. Sebiji epal kaya dengan fiber dan ini akan membuatkan perut anda berasa kenyang. Sementara kacang dan mentega yang kaya dengan protein akan membantu anda untuk tidur lebih lena.

6) Telur dadar sayur-sayuran

Walaupun telur dadar mungkin kelihatan sebagai pilihan paling sihat untuk menu lewat malam, namun anda perlu bijak memilih ramuan. Janganlah gunakan keju atau makanan berlemak, sebaliknya buat versi lebih sihat di rumah dengan melemparkan sekumpulan sayur-sayuran.

7) Telur rebus

Sebiji besar telur rebus (50 gram) mengandungi kira-kira 72 kalori. Jadi anda boleh makan 2 biji telur rebus jika perut terasa lapar.

8) Buah-buahan

Antara buah-buahan yang sesuai diambil ketika lewat malam adalah pisang, epal, pic, plum, ceri, anggur dan mangga. Selain dimakan terus, buah ini juga boleh diproses sebagai jus ataupun smoothie yang mampu mengenyangkan perut.

9) Semangkuk oat dan buah-buahan

Oat adalah pilihan makanan rendah lemak yang berkhasiat. Untuk penambah perisa, campurkan hirisan buah-buahan dan susu bersama-sama dengan oat.

10) Daging ayam

Protein tanpa lemak bukan sahaja baik untuk otot bahkan juga membantu perut berasa kenyang tanpa menambah berat badan. Tetapi pastikan daging ayam yang ingin dimakan dimasak dengan cara yang sihat seperti panggang atau bakar.

Rujukan : https://www.womenshealthmag.com

Kredit foto : Maddi Bazzocco, Eiliv-Sonas Aceron, Harshil Gudka, Unsplash