138,901 pendatang asing tanpa izin (PATI) sertai program ‘Back For Good’ (B4G)

Uncategorized MAS 14-Dis-2019

Program ‘Back For Good’ (B4G) untuk permohonan pulang ke negara asal menerima penyertaan seramai 138,901 orang PATI sejak pelancarannya Ogos lepas. Warga Indonesia mencatat jumlah tertinggi iaitu seramai 53,328 orang, diikuti Bangladesh (38,734), India (22,964) dan Myanmar (6,923).

Jumlah ini dijangka meningkat setiap hari hingga penghujung tahun ini. Tempoh operasi Jabatan Imigresen turut dilanjutkan sehingga jam 10 malam dan dibuka setiap hari termasuk hari Sabtu dan Ahad.

Kerajaan memutuskan B4G tidak akan disambung dan berakhir pada 31 Disember. Bermula tahun hadapan Jabatan Imigresen akan melakukan operasi penahanan secara besar-besaran.

Melalui program B4G, PATI dibenarkan pulang ke negara asal secara sukarela.