19 mangsa banjir di Teluk Ramunia dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara

Uncategorized Yen Doran 08-Dis-2019

Seramai 19 orang mangsa banjir di Teluk Ramunia, Kota Tinggi, dipindahkan ke satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas rumah mereka dilanda banjir, petang 8 Disember.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor Tan Chen Choon, sebanyak lima keluarga yang terjejas oleh bencana banjir adalah dari Kampung Baharu, Kampung Changi dan Kampung Jumis Bukit Raja.

Kesemua mangasa banjir telah hilang tempat kediaman mereka oleh itu ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Teluk Ramunia yang dibuka pada 2.30 petang.