2.75 sen agihan pendapatan untuk ASN

Uncategorized Yen Doran 18-Dis-2019

Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 2.75 sen seunit untuk Amanah Saham Nasional (ASN) bagi tahun kewangan 2019.

Pulangan dividen sebanyak 4.4 sen seunit berasaskan nilai aset bersih (NAV)) dana berkenaan setakat 16 Dis.

1.22 juta pemegang unit ASN dengan lebih 1.78 bilion unit yang dipegang akan diagihkan RM49 juta.

Sehingga 30 Nov, ASN mencatatkan untung bersih pendapatan sebanyak RM53.5 juta bagi tempoh 11 bulan tahun kewangan.

PNB berkata dividen akan dilaburkan semula sebagai unit tambahan ke dalam akaun pemegang unit dan secara automatik dikreditkan ke akaun mereka pada 2 Jan, 2020, berasaskan NAV seunit pada 31 Dis.