2 Filem Disney Yang Ditunggu-tunggu Peminat

2019 menyaksikan banyak filem animasi tempatan mahupun luar negara yang mendapat sambutan hangat di seluruh negara.

Antara filem yang mendapat sambutan hangat ialah How To Train Your Dragon 3, Pokemon, Toy Story 4 dan tidak ketinggalan filem animasi tempatan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal yang berjaya mencipta rekod baru apabila mendapat kutipan RM25 juta selepas tiga minggu ditayangkan.

Menginjak ke pertengahan tahun, kini peminat filem animasi sedang ternanti-nanti dengan dua filem animasi sekuel antabangsa terbitan studio berprestij, Walt Disney Animation Studios.

 

1) The Lion King

The Lion King dihasilkan semula setelah 25 tahun filem pertamanya ditayangkan pada 1994. Ianya menerima sentuhan sutradara Jon Fevreau yang terkenal dengan karya Iron Man dan The Jungle Book.

The Lion King 2019 disuarakan oleh Donald Glover sebagai Simba, Beyonce Knowles-Carter sebagai Nala, Chiwetel Ejiofar sebagai Scar, Bill Eichner sebagai Timon, Seth Rogen sebagai Pumba, Alfre Woodard sebagai Sarabi, John Kani sebagai Rafiki dan James Earl Jones sebagai Mufasa.

Sepertimana filem pertamanya, The Lion King masih mempertaruhkan sifu Hans Zimmer selaku pengarah muzik yang pernah terlibat dalam lebih 150 filem termasuk siri Pirates of the Caribbean dan trilogi The Dark Night.

Masih mengekalkan jalan cerita yang sama, The Lion King 2019 akan menemui peminat di Malaysia bermula 19 Julai ini.

Klik pautan ini untuk menyaksikan trailer rasmi https://www.youtube.com/watch?v=7TavVZMewpY

 

2) Frozen 2

Siapa yang mampu melupakan watak ikonik Elsa dan Anna dalam filem pecah panggung, Frozen. Filem ‘masterpiece’ Frozen (2013) mencetus fenomena tersendiri serta berjaya meraih kutipan lebih AS$1 bilion di seluruh dunia.

Baru-baru ini Disney telah melancarkan trailer rasmi filem ini. Dalam trailer berdurasi 1 minit 53 saat itu, Anna (Kristen Bell) dan Elsa (Idina Menzel) bersatu semula untuk satu pengembaraan jauh setelah Arendelle sekali lagi berada dalam bahaya.

Sekuel ini dijangka akan menjawab persoalan ramai tentang mengapa Elsa memiliki kuasa ajaib.

Frozen 2 akan mula ditayangkan di pawagam seluruh dunia bermula 22 Nov 2019 hadapan.
Klik di sini untuk menyaksikan trailer rasmi Frozen 2 – https://www.youtube.com/watch?v=Zi4LMpSDccc&t=12s

Sumber : www.waltdisneystudios.com

Kredit foto : Youtube