27 ROI disenarai pendek dalam pertandingan reka bentuk pelan induk PSI

Uncategorized Yen Doran 08-Dis-2019

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyenarai pendek 27 daripada 124 Registration of Interest (ROI) yang dikemukakan untuk pertandingan mencipta reka bentuk Pelan Induk (MDC) yang berlangsung dari 6-25 Nov lepas.

Pelan induk itu adalah bagi pembangunan tiga buah pulau buatan manusia di bawah projek tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang (PSR)

Menurut Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow, amat gembira pertandingan ini berjaya menarik perhatian firma arkitek daripada 25 buah negara termasuk Malaysia.

Beliau berkata sembilan daripada 27 ROI yang disenarai pendek adalah firma arkitek di Malaysia, manakala selebihnya adalah dari 10 negara lain termasuk United Kingdom, Belanda dan Australia.