29 warga asing ditangkap oleh Imigresen Pulau Pinang

Uncategorized Yen Doran 23-Dis-2019

29 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang dalam operasi di Flat Taman Pelangi, Juru dan Flat Taman Kebun Sireh, pada 22 Disember.

Warga asing ditahan termasuk 16 lelaki dan seorang bayi lelaki berusia dua bulan dan 13 wanita.

Mereka terdiri daripada warga Indonesia, India, Pakistan, Myanmar, Nepal dan Bangladesh, berusia antara dua bulan hingga 45 tahun.

Mereka semua dibawa ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di Seberang Jaya untuk proses dokumentasi sterusnya ke depoh tahanan warga asing di Juru untuk tindakan selanjutnya.