3 Lokasi Yang Menjual Itik Panggang Halal Di Lembah Klang

Bagi peminat hidangan yang berasaskan daging itik tidak kira lah sama ada itik panggang, nasi itik, atau mee itik, pasti agak sedikit sukar untuk mencari kedai yang menjual itik yang halal kerana kebanyakkan peniaga yang menjual hidangan itik adalah berbangsa Cina.

SalamToday senaraikan tiga lokasi yang boleh anda dapatkan hidangan itik yang halal di sekitar Lembang Klang.

1.  Kenny Hills Bistro 

Di bistro ini ada menawarkan nasi bersama daging itik panggang yang dipadankan bersama minyak cili yang enak. Rata-rata yang makan disini berpuas hati dengan rasa daging itik panggang yang tidak kering serta berjus.

RM22 untuk Nasi Itik
9, Jalan Langgak Tunku, Taman Tunku, KL
03- 6201 8111

2. Norazlina Chong

Pengasas gerai ini telah belajar cara-cara memasak itik yang enak daripada sifu mereka di Perak. Katanya untuk mendapatkan rasa itik panggang yang enak, itik harus dipanggang semalaman. Setiap itik yang dimasak akan mengambil masa selama 13 jam dan ‘dimandikan’ dengan minyak seperti bayi. Anda boleh menikmati itik di sini bersama nasi ataupun mee.

RM60 seekor itik, RM18 suku bahagian
1, Jalan Metro Wangsa, Wangsa Maju, KL
019- 211 3433

 

3. Roast Kitchen 

Melihatkan jurang pasaran itik halal, dua beradik ini nekad untuk membuka perniagaan itik halal kira-kira enam tahun lalu. Penyediaan itik di sini melalui pelbagai proses untuk mendapatkan rasa yang sedap dan lembab. Nikmati daging itik panggang mereka bersama minyak cili yang turut dijual di dalam botol. Lebih menarik mereka juga ada menyediakan khidmat penghantaran terus ke hadapan pintu rumah anda!

RM50 seekor itik, RM15 ‘per portion’
No. 19, Jalan 2/105, Taman Midah, Cheras, KL
018-280 8320

 

Sumber : www.friedchillies.com