345 penjaja di Uptown Danao Kota sedia pindah ke tapak baru di Wangsa Maju

Uncategorized Yen Doran 06-Dis-2019

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan sebanyak 345 daripada 500 penjaja di Uptown Danau Kota bersetuju untuk beroperasi di tapak baharu di Bazaria Wangsa Maju.

Tapak baharu menawarkan kemudahan yang lebih baik termasuk surau, tandas awam dan tempat letak kereta serta motosikal secara percuma yang lebih banyak dan tersusun.

Kadar bayaran sewa dan lesen juga jauh lebih murah, iaitu RM108 setahun untuk lesen perniagaan dan sewa bulanan antara RM212.70 hingga RM225.20 mengikut jenis perniagaan.

DBKL akan terus mengadakan perundingan dengan pihak-pihak yang masih enggan untuk berpindah ke tapak baharu ini dan yakin usaha ini akan membuahkan hasil positif.