415 premis i-KeeP baru diwujudkan pada 2019

Uncategorized Yen Doran 16-Dis-2019

Jumlah premis Inisiatif Kedai Ekonomi Pengguna (i-KeeP) dilancarkan tahun ini meningkat dari 300 tahun lepas ke 415 termasuk satu kedai runcit bergerak ‘i-KeeP on Wheels’ di Kedah.

I-KeeP adalah inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

i-KeeP kini juga mempunyai 10 rakan strategik peruncitan berbanding hanya enam pada April lepas.

i-KeeP juga telah melancarkan produk eksklusif seperti minyak masak jenama Lestari yang dijual pada harga RM15.99 sebotol (5kg).