5 Menu Mesti Cuba di Citarasa Desa

Sempena Ramadan tahun ini, Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie tidak ketinggalan menyediakan bufet Ramadan yang menjanjikan pelbagai sajian membuka selera. Dengan tema ‘Citarasa Desa’, terdapat lebih daripada 200 sajian yang berkonsepkan masakan tradisional kesukaan ramai.

Antara menu istimewa yang disediakan di sini adalah Kambing Golek, Satay Klasik Othman, Nasi Briyani Ketuk Ramadan, Selera Gulai Kawah, Ikan Bakar Aroma Desa, Ayam Percik Merecik, Sup Gearbox, Durian Kampung, Bubur Lambuk, Dodol Durian Kampung, aneka kerabu dan juga pencuci mulut yang pastinya membuka selera.

Dek  terlalu banyak menu yang tersedia, SalamToday mencadangkan lima hidangan yang mesti anda cuba. Senarai ini merupakan kegemaran kebanyakan tetamu yang hadir pada majlis pengenalan bufet ini pada awal April.

1) Sup Gear Box

Hidangan ini memang berbaloi untuk dinikmati. Semangkuk sup boleh dinikmati oleh dua atau tiga orang kerana saiznya cukup besar. Selain ada gear box (lutut lembu), terdapat juga hirisan daging dan bebola daging. Ramuan sup membangkitkan selera dan yang paling penting, daging lembu dimasak sempurna. Lembut dan berjus!

2) Kambing Golek

Kambing golek merupakan hidangan yang sentiasa menjadi buruan ramai. Satu perkara penting yang mesti ada pada hidangan ini ialah, dagingnya perlu dipanggang sempurna dan tidak berbau hamis. Kedua-dua perkara itu ada pada hidangan Kambing Golek di sini, jadi perfect to taste it!

3) Lauk-pauk Melayu

Ada tiga menu yang paling menarik iaitu Gulai Nangka dan Ikan  Masin, Rendang Ayam dan Gulai Daging Kawah. Ketiga-tiga menu ini punya rasa memikat dan ada ciri-ciri tradisional. Secukup rasa.

4) Ikan Bakar Aroma Desa

Sesuai dengan namanya, aroma ikan bakar di sini sememangnya memancing selera. Ikan yang digunakan  segar dan sos pencicah juga enak. Boleh pilih Air Asam atau Cili Kicap.

5) Durian Kampung

Penggemar durian, jangan lepaskan peluang menikmati buah ini di sini. Boleh makan sepuas-puasnya tapi berpada-pada. Selain buah durian, terdapat juga Pengat Durian yang boleh dimakan bersama pulut.

‘Citarasa Desa’ berharga RM148 bersih untuk dewasa, RM99 bersih untuk warga emas dan RM75 bersih untuk kanak-kanak.

Antara kelebihan berbuka puasa di sini ialah anda mendapat parkir percuma, kemudahan WiFi percuma, tempat permainan kanak-kanak, dan kemudahan surau yang terletak berhampiran.

Hubungi 03-7802 5200, sambungan 2135 atau emel ke [email protected] untuk tempahan dan pertanyaan lanjut.

 

Kredit Foto : Holiday Inn Kuala Lumpur, Glenmarie