5 Negara Paling Selamat Untuk Pengembara Solo Wanita

Percutian atau pengembaraan secara solo semakin menjadi pilihan ramai. Bukan sahaja lelaki, malah wanita juga semakin berani untuk mencabar diri melakukan penggembaraan ke tempat-tempat menarik di seluruh dunia secara solo.

Namun faktor keselamatan di sesebuah negara kadangkala membataskan keinginan pencinta aktiviti ini terutamanya bagi kaum wanita.

Disini SalamToday senaraikan 10 negara paling selamat di dunia untuk pengembara solo wanita:

  1. Finland – Finland adalah destinasi yang paling ideal buat si pengembara yang cintakan alam. Di sini terdapat Taman Negara Lemmenjoki iaitu hutan simpan terbesar di Eropah serta memiliki tasik atau terusan yang paling banyak di Eropah. Paling popular tentunya pengalaman menyaksikan cahaya Aurora. Finland menduduki tempat pertama dari segi keselamatan oleh Forum Ekonomi Dunia dalam Laporan Daya Saing Perjalanan dan Pelancongan mereka. Finland adalah salah satu negara paling selamat di Eropah untuk kembara bersendirian, dan salah satu negara paling selamat bagi wanita untuk kembara bersendirian!

2. Kanada – Kanada adalah negara yang kaya dengan landskap yang indah termasuklah hutan yang sudah berabad usianya serta gunung-gunung salji yang begitu cantik serta tasik-tasik yang begitu indah yang pastinya akan membuatkan setiap detik perjalanan anda terasa begitu luar biasa. Bandar-bandar di Kanada juga mempunyai personanya yang tersendiri kerana keunikan kepelbagaian budaya. Dalam kesemua negara yang terdapat di benua Amerika, Kanada adalah negara yang paling selamat untuk penggembara wanita. Kanada juga mempunyai bandar yang paling selamat di dunia untuk pengembara wanita solo.

3. New Zealand – New Zealand sememangnya terkenal dengan pemandangan serta panoramanya yang indah. Gunung-ganang serta tasik yang menghijau ditambah dengan udara yang  bersih dan segar pastinya membuatkan anda jatuh cinta dengan negara ini. Bagi peminat setia filem Lord Of The Rings, inilah syurga anda. Selain itu New Zealand juga sesuai untuk pengembara yang sukakan sukan lasak. New Zealand adalah  negara keempat paling selamat di dunia untuk pengembaraan, hasil tinjauan oleh Institut Ekonomi dan Keamanan. Sesetengah laporan mengatakan New Zealand adalah negara paling selamat bagi wanita di dunia!

4. Iceland – Sejak filem popular Bollywood, Dilwale menjalani penggambaran di sini, ramai yang terpikat untuk melawat negara yang diliputi ais sebanyak 15 peratus ini. Namun Iceland bukanlah negara yang hanya dipenuhi ais sahaja tetapi turut terdapat 20 gunung berapi yang masih aktif. Selain dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang indah, bandar di Iceland iaitu Reykjavik  juga mempunyai tarikan tersendiri dan sibuk dengan aktiviti malam yang menghiburkan. Iceland juga adalah negara yang mempunyai kadar jenayah yang paling sedikit di dunia dan menduduki tempat pertama dalam Indeks Keamanan Global.

5. Jepun – Negara matahari terbit ini adalah kombinasi di antara sejarah dan juga teknologi yang paling canggih di dunia. Banyak tempat-tempat yang menarik di Jepun yang boleh anda lawati. Tokyo misalannya adalah bandar megametropolis yang paling bersih dan terancang di dunia. Osaka pula adalah sebuah bandar moden yang penuh dengan aktiviti menarik untuk dilakukan. Jepun berada di tangga keenam di antara negara paling aman di dunia, menurut Indeks Keamanan Global (GPI). Jepun adalah salah satu tempat paling selamat di dunia untuk pelancong wanita tunggal!

Sumber : www.worldpackers.com

Foto : Unsplash