5 Perkara Menarik Tentang Maleficent : Mistress of Evil

Maleficent: Mistress of Evil’ akan mula ditayangkan diseluruh negara bermula 17 Oktober 2019,  iaitu tujuh bulan lebih awal daripada jadual asalnya pada Mei 2020.

Menurut penerbit, pihak produksi dapat mengatasi masalah teknikal yang berlaku dan mereka akhirnya sebulat suara bersetuju untuk melancarkan filem ini lebih awal. Mungkin juga mereka teruja untuk mengetahui berapa keuntungan yang bakal diraih.

Maklumlah, sekuel pertama Maleficent berjaya mendapat tumpuan masyarakat dunia dengan pungutan lebih $758.5 juta secara global, sedangkan bajet pembikinan hanyalah $180 juta.

Jadi sudahkah anda bersedia untuk menyaksikan filem yang diterajui oleh Angelina Jolie ini? Sebelum itu, baca fakta-fakta menarik tentang Maleficent : Mistress Of Evil  di bawah:-

 

1) Maleficent menjadi lebih evil (jahat)

Setelah berjaya menarik penonton untuk bersimpati dengan dirinya, Maleficent mungkin akan mengundang benci pula di kalangan penonton. Ini kerana karektornya menjadi lebih pendendam dan kejam kerana kasihnya terhadap Puteri Aurora.

Diceritakan juga bagaimana sisi gelapnya akan muncul ketika berhadapan dengan Sang Permaisuri yang merupakan ibu kepada putera raja yang ingin dikahwini oleh Puteri Aurora.

2) Pengarah dan karektor baru

Sekuel kali ini mendapat sentuhan sutradara yang baru iaitu Joachim Rooning yang sebelum ini mengarahkan Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales.

Michelle Pfeiffer kembali menyapa industri perfileman apabila beliau turut terlibat dalam filem ini. Michelle memegang karakter baru Ratu Ingrith yang menjadi musuh kepada Maleficent.

3) Konflik yang lebih rumit

Maleficent : Mistress of Evil membawa jalan cerita yang lebih rumit. Kali ini Puteri Aurora perlu memilih di antara ibu yang membesarkannya atau calon keluarganya yang baru.

Konflik bermula apabila Maleficent dapat menghidu keanehan Ratu Ingrith yang tidak diketahui Putri Aurora. Dalam masa yang sama, Puteri Aurora bersama Maleficent harus menjaga kerajaan berserta makhluk-makhluk magis yang tinggal di kerajaannya.

 

4) Watak Putera Philip diganti

Karakter Putera Phillip yang sebelumnya dijayakan oleh Brenton Thwaites digantikan oleh Harris Dickinson. Pertukaran ini terpaksa dilakukan kerana jadual penggambaran Brenton Thwaites yang penuh.

 

5) Maleficent merupakan filem ke 10 Disney di tahun 2019

2019 menyaksikan Disney Studios ‘all out’ untuk membahagiakan peminat-peminat filem terbitannya. Buktinya, Maleficent merupakan filem ke 10 Disney untuk tahun ini.  Sebelum ini ada Captain Marvel, Avengers: Endgame, Dumbo, Aladdin, Toy Stoy 4, The Lion King, Lady and the Tramp, Frozen 2 dan Star Wars: The Rise of Skywalker.

Foto : Walt Disney Studios