5 Program Gaya Hidup Ramadan TV3

Sepanjang Ramadan ini, stesen televisyen TV3 menyediakan program gaya hidup untuk tatapan penonton setia. Program-program yang disusun ini diharapkan memberi inspirasi kepada penonton di luar sana dalam menjalani ibadah puasa dan juga sambutan Aidilfitri yang bakal menjelma.

Berikut merupakan program-program gaya hidup yang telah disusun:-

 

1) Jom Berbuka

Tarikh/Masa Siaran: 27 April – 1 Jun, Sabtu, 5.30 ptg – 6.00 ptg (30 min) 6 episod

Selebriti: Aesyah London, Siti Sarah & Shuib , Atu Zero & keluarga, Achey & keluarga, Wany Hasrita, Wani, Afieq Shazwan, Tajul (1 episod) and Rita Rudaini & anak-anak.

 

Sinopsis

Saksikan gelagat selebriti terkenal Malaysia dalam membuat persediaan untuk menyediakan juadah berbuka puasa dan ketahui juga perkembangan terkini mereka dalam Jom Berbuka.

 

2) Pesan Makan

Masa Siaran: 27 April – 1 Jun, Sabtu, 6.00 ptg – 6.30 ptg (30min), 6 episod

Hos: Shuk Sahar, Ally Mazlien & Qistina Raisah

Artis Jemputan: Fahrin Ahmad, Naim Daniel, Ropie, Syamel, Erni Zakri & Elisha Sanda.

 

Sinopsis

Setelah kejayaan Pesan Makan musim pertama di ntv7 tahun lalu, Pesan Makan kembali dengan musim kedua di TV3! Pesan makan mengisahkan dua adik beradik yang mempunyai idea untuk memulakan perniagaan di atas talian dan mengharungi pelbagai rintangan. Ikuti kisah drama komedi yang menampilkan Shuk Hot Fm dan Qistina Raisah sebagai adik kandungnya. Adakah di musim ke dua ini, kita dapat saksikan Shuk bakal berkahwin dengan Elly Mazlein?

3) 1,2 Bakar Kuih Raya

Tarikh/Masa Siaran: 28 April – 2 Jun, Ahad 11.30 pg – 12.00 tgh hr (30min), 6 episod

Hos: Chef Anis Nabilah

Artis Jemputan: Kaka Azraff, Saharul Ridzwan, Ben Amir, Daiyan Trisha, Altimet, Zara Zya

 

Sinopsis

Chef Anis kembali lagi dengan sentuhan masakanya bersama rakan-rakan yang terkenal untuk menikmati masakan yang dihidangkan. Tetapi pada kali ini makanan akan lebih fokus kepada membuat kuih raya dan hidangan hari raya yang istimewa.

 

4) Apa Nak Makan Ni?

Tarikh/Masa Siaran:  28 April – 2 Jun, Ahad, 5.30 ptg – 6.30pm (30min), 6 Episod

Selebriti: Chef Naem.

Artis jemputan: Azreal Ismail, Ben Laden, Elly Mazlein, Khai Bahar, Noor Khiriah, Akhmal Nazri

 

Sinopsis

Antara soalan yang paling susah untuk dijawab apabila ditanya ialah “Apa Nak Makan Ni? “ Dengan adanya Chef Naem, masalah tersebut dapat diselesaikan dengan memasak di lokasi terpilih di sekitar kawasan Lembah Klang. Ditemani oleh rakan artis untuk membantu di bulan Ramadan sambil tolong memberi makanan kepada orang ramai yang tersekat dalam kesesakan jalan raya untuk pulang berbuka di rumah!

 

5) Sembang Sahur

Tarikh/Masa Siaran: 23 April – 29 Mei, Selasa & Rabu, 11.00 malam -12.00 malam (60 min), 12 episod

Selebriti: Dayah Bakar, Shuk Sahar, Haziq Husni, Hanif Miswan, Teh Syuhaida, Zack Merican.

 

Sinopsis

Sebuah program bual bicara santai sempena Ramadan dengan perbincangan topik-topik menarik bersama tetamu jemputan. Dapatkan juga resepi-resepi menarik untuk bersahur dan segmen Singgah Sahur di mana hos dan artis akan bersama-sama menziarahi keluarga-keluarga terpilih untuk bersahur bersama-sama mereka.

 

Kredit foto : TV3 Malaysia