5,000 banduan penjara Sungai Buloh digalakkan beriadah setiap hari

Uncategorized Yen Doran 18-Dis-2019

Seramai 5,000 banduan di Penjara Sungai Buloh diberikan sejam sehari untuk beriadah sebagai usaha mengekalkan cara hidup sihat.

Ketua Bahagian Pengurusan Banduan Penjara Sungai Buloh, Penguasa Penjara Nordin Mohamad berkata mereka diberikan peluang melakukan aktiviti sukan dan kerohanian setiap hari.

Acara bersukan ini dapat menghilangkan tekanan kepada banduan dan kakitangan penjara sekali gus memberi impak positif dari segi kesihatan mental dan fizikal.

Aktiviti riadah itu akan dilaksanakan secara berperingkat dengan hanya 250 banduan sahaja dibenarkan menyertainya pada satu-satu masa.

Beliau berkata setiap penjara di dunia harus menghormati penghuninya termasuk dalam hal kemanusiaan supaya penjara mampu berfungsi dengan lebih baik.