6 Cara Hadapi Perceraian Dengan Positif

Sahsiah Rahayu Mat Nah 29-Apr-2019

Perkara halal yang dibenci oleh Allah ialah perceraian. Rasanya ramai yang sedia maklum tentang perkara ini. Namun, jika perceraian adalah jalan terakhir, hidup perlu diteruskan.

Biarpun pahit untuk diharungi, mereka yang berada di dalam situasi ini perlu tabah untuk menghadapinya. Lebih-lebih lagi jika itu jalan terbaik daripada terus-terusan menyeksa diri.

Jika hal ini telah terjadi pada anda, apa yang perlu anda lakukan ialah terus melihat ke hadapan. Berfikiran positif dan ingat, hidup perlu diteruskan. Siapa tahu saat bahagia menanti di hadapan.

Berikut 10 cara mengatasi perpisahan dengan pasangan:

 

1) Tetap berhubungan dengan bekas pasangan

Biarpun dia bukan lagi pasangan anda, jangan sesekali memutuskan hubungan dengannya kerana sebuah perkahwinan pastinya melibatkan banyak pihak, lebih-lebih lagi jika anda sudah mempunyai cahaya mata. Oleh itu, lebih baik anda kekal berhubungan supaya dapat menyelesaikan perkara-perkara berbangkit dengan mudah.

 

2) Berhentikan menyalahkan diri sendiri

Jangan terus menyalahkan diri sendiri. Lebih baik fokus memikirkan masa depan, daripada menyesali masa lalu. Mungkin bahagia menanti anda di hadapan.

 

3) Bersosial

Jika sebelum ini anda tidak punya masa bersama teman-teman, mungkin inilah masa terbaik untuk bertemu dengan mereka. Jangan mengurung diri di rumah dengan menangisi perpisahan. Ajak teman-teman rapat lakukan aktiviti menyeronokkan.

4) Terima kenyataan

Kadangkala anda harus menerima kenyataan yang tidak dapat dielakkan. Semakin cepat anda menerima perpisahan dengan pasangan, semakin cepat anda mula mencari bahagia dan membuka pintu hati kepada hubungan yang lebih menggembirakan.

 

5) Larikan diri

Setelah lelah melalui proses perceraian, larikan diri seketika daripada rutin harian. Ambil masa menyendiri dengan merenungkan kembali perjalanan perkahwinan yang telah berakhir. Dari situ, anda boleh belajar dan cuba memperbaiki diri untuk masa hadapan.

 

6) Yakinkan diri anda masih bertuah

Ingat! Jika anda merasakan kejadian yang menimpa sudah cukup menyedihkan, pasti ada lagi individu yang melalui episod lebih duka. Berfikirlah secara rasional. Sematkan dalam fikiran “aku kuat dan pasti mampu harungi segala cabaran”.

 

Kredit foto : Kelly Sikkema & Priscilla Du Preez, Unsplash