Tujuh kebaikan lemon yang anda mesti tahu

Makanan 13 Ogo 2019 Contributor
Tujuh kebaikan lemon yang anda mesti tahu
Tujuh kebaikan lemon yang anda mesti tahu © Oksana Kolodiy | Dreamstime.com

Sebiji lemon bersaiz sederhana mengandungi 40% vitamin C yang diperlukan oleh tubuh badan, di mana ia merupakan antioksidan. Antioksidan menghalang radikal bebas yang mempercepatkan proses penuaan.

Pelihara tubuh badan, ambil jus lemon secara rutin

Jadi, untuk memelihara tubuh badan daripada radikal bebas, salah satu caranya ialah mengambil jus lemon secara rutin.

Jika anda seorang yang sihat dan mempunyai berat badan tidak melebihi 70 kg, dinasihatkan agar minum separuh perahan lemon yang dicampur dengan segelas air sebanyak dua kali sehari.

Jika berat badan anda lebih daripada 70 kg, lebih baik ambil sebiji perahan lemon yang juga dicampur dengan segelas air. Sekiranya tidak tahan dengan rasa masam, boleh tambah kuantiti air kosong.

Untuk hasil terbaik, minum jus lemon ini pada awal pagi, sebelum bersarapan dan sebelum masuk tidur.

Tujuh kebaikan lemon yang anda mesti tahu

Berikut adalah kebaikan jus lemon kepada tubuh badan:

1) Air perahan lemon yang dicampur di dalam air panas / suam boleh membantu mengatasi masalah pencernaan.

2) Sangat bagus untuk memerangi masalah sakit tekak, jangkitan tekak dan juga tonsil. Ini kerana lemon punya agen antibakteria. Selain minum air perahan lemon, boleh juga jadikan ia sebagai ubat kumur.

3) Membantu mengurangkan masalah berat badan berlebihan. Ambil jus lemon yang dicampur dengan segelas air suam dan madu pada setiap pagi untuk tujuan ini.

4) Vitamin C yang terdapat dalam lemon membantu mengurangkan masalah kulit berkedut, kulit kering kerana faktor penuaaan dan juga lain-lain masalah kulit yang disebabkan oleh sinaran matahari.

5) Lemon mengandungi 22 khasiat yang mampu mengurangkan risiko diserang kanser.

6) Ketika demam atau selesema, adalah sangat bagus jika anda mengambil lemon segar. Ini kerana kandungan asid sitrik, bioflavonoids, vitamin C, kalsium, pektin boleh meningkatkan sistem imunisasi.

7) Mengawal tekanan darah. Kandungan potassium yang tinggi turut bermanfaat untuk menjaga saluran darah lembut dan fleksibel. Ini boleh membantu mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Kandungan vitamin B pula memberi manfaat kepada kesihatan jantung.