8 Lokasi Game Of Thrones Untuk Dilawati

Bagi peminat siri televisyen popular, Game of Thrones (GoT), tarikh 14 April lepas menjadi permulaan kepada musim kelapan dan terakhir siri televisyen yang ditayangkan di seluruh dunia itu.

Meskipun tidak lama lagi peminat-peminat GoT harus mengucapkan selamat tinggal kepada empayar Westeros, berita baiknya adalah lokasi-lokasi dalam siri tersebut boleh dikunjungi oleh orang ramai.

Dari gua lava di Iceland, di mana Jon Snow dan Ygritte bermalam, ke bandar pantai Essaouira di Maghribi di mana Daenerys membebaskan Unsullied, di situ terdapat lapan lokasi GoT yang boleh dilawati untuk mencari semula dunia naga, White Walkers dan Iron Throne.

 

THE DARK HEDGES, IRELAND UTARA

  • Kingsroad dalam GoT

Salah satu fenomena semulajadi yang seringkali digambarkan di Ireland Utara, The Dark Hedges dipenuhi dengan pokok-pokok beech yang terletak di jalan yang damai berhampiran bandar Ballymoney di County Antrim, Ireland Utara.

Rantingnya yang unik membentuk lengkungan di atas jalan raya, menjadikannya tempat yang menarik untuk pelancong, artis dan pelukis.

Dikenali sebagai Kingsroad dalam siri GoT, tarikan ikonik ini dilihat apabila Arya dan Gendry melarikan diri daripada King’s Landing pada akhir musim 2, ‘The North Remembers’.

The Dark Hedges bukan sahaja antara lokasi yang harus dilawati di Ireland Utara, tetapi kawasan yang mengelilinginya menarik perhatian peminat di seluruh dunia kerana ia telah digunakan untuk merakam Winterfell, Castle Black dan perang di tapak perkhemahan keluarga Stark.

 

OLD TOWN, DUBROVNIK, CROATIA

  • King’s Landing dalam GoT

 

Sebuah tapak Warisan Dunia UNESCO yang bersejarah, Dubrovnik’s Old Town di Croatia pertama kali muncul dalam siri GoT sebagai ‘King’s Landing’ pada musim kedua.

Sejak fenomena GoT, pelancongan ke Old Town telah pun meningkat. Pengunjung boleh berjalan melalui ibu kota Seven Kingdoms dalam lawatan berjalan bertema GoT, melalui tangga St. Ignatius dari Gereja Loyola yang mengagumkan di Old Town (tapak kekejaman ‘walk of shame’ Cersei Lannister) serta Fort Lovrijenac.

 

REAL ALCÁZAR PALACE, SEVILLE, SEPANYOL

  • Royal Palace of Dorne dalam GoT

Istana Real Alcázar merupakan salah satu istana diraja yang mewah di pusat bandar, diiktiraf sebagai istana tertua di Eropah yang masih digunakan. Bilik-bilik atas Alcázar masih digunakan oleh keluarga diraja Sepanyol sebagai kediaman rasmi mereka di Seville.

Taman-taman terkenal Alcázar di Seville digambarkan dalam banyak adegan siri GoT. Walaupun istana itu merupakan tarikan pelancong terbesar di Seville, pelakon dan kru siri itu mendapat izin untuk menutup separuh daripadanya untuk merakam adegan penting yang ditetapkan di Dorne, bahagian paling selatan empayar Westeros.

 

ITÁLICA, ESPANYOL

  • The Dragonpit” dalam GoT

Rom Itálica adalah lokasi penggambaran untuk musim ke-7 dan ke-8 siri GoT, di mana set filem dramatik disediakan untuk beberapa rundingan yang paling sengit seperti yang disiarkan pada musim 7 disebabkan oleh struktur mosaik yang luar biasa dan amfiteater yang mengagumkan

Diasaskan pada tahun 206 SM, amfiteater itu menampung 25,000 orang dan dianggap sebagai titik pertemuan penting.

Dalam GoT, Itálica juga mewakili tempat pertemuan yang penting dan memegang perhimpunan terbesar watak-watak dalam sejarah siri.

 

GRJÓTAGJÁ CAVE, ICELAND

  • Love Nest Jon dan Ygritte dalam GoT

Gua Grjótagjá yang indah di Iceland telah menjadi terkenal pada tahun 2013 apabila ia dilawati oleh Jon Snow dan Ygritte dalam ‘Kissed by Fire’ (disiarkan pada musim 3 episod kelima GoT).

Pemandangan di situ masih dianggap oleh peminat GoT sebagai salah satu adegan yang paling cantik dan romantis yang difilemkan untuk GoT.

Oleh kerana kekangan rakaman, adegan tersebut sebenarnya dirakam di studio, tetapi gua itu dicipta dengan teliti oleh pasukan kreatif siri untuk memaksimumkan keaslian, walaupun mereka menambah air terjun untuk set romantis lakonan.

Sejak siri pertama yang menampilkan Iceland di musim ke-2, sekilas landskap beku telah memikat peminat dari seluruh dunia.

Game of Thrones effect’ telah dipetik sebagai faktor utama di sebalik perkembangan yang luar biasa pelawat tahunan ke Iceland, daripada 566,000 pada tahun 2011, tahun debutnya, hingga lebih dari 1 juta pada tahun 2015.

 

VATNAJÖKULL NATIONAL PARK, ICELAND

  • Beyond the Wall dalam GoT

Vatnajökull di Iceland, yang juga dikenali sebagai Vatna Glacier, adalah tempat yang dikenali oleh penggemar GoT sebagai kawasan ‘Beyond the Wall’. Ia dikatakan sebagai salah satu daripada ice caps terbesar di Eropah.

Dalam siri ini, ‘Land of Always Winter’ memerlukan CGI yang mencukupi, namun glasier, gua ais dan kawasan geoterma yang aktif digunakan sebagai lokasi penggambarannya. Ia merupakan tempat yang anda boleh lawati di Taman Negara Vatnajökull (sebuah hutan belantara yang dilindungi di timur Reykjavík di Iceland).

Merentasi kawasan sekitar 8,000 kilometer persegi, glasier merangkumi sekitar lapan peratus kawasan tanah di Iceland. Pada titik terdalamnya, glasier adalah dalam jarak 1,000 meter dan menyembunyikan beberapa gunung berapi aktif.

 

HISTORIC FORT (ATAU KASBAH) OF AIT BEN HADDOU

  • ‘Yunkai’ dalam GoT

Di kerajaan Maghribi, Kasbah Ait Benhaddou merupakan salah satu lokasi penggambaran paling menarik yang dipamerkan dalam siri GoT, di mana latar belakang bagi bandar-bandar ‘Yunkai’ dan ‘Pentos’ dipaparkan pada musim 3, yang mana majoriti adegan Daenerys ditetapkan.

Merupakan sebuah tapak warisan dunia UNESCO, sehingga kini Ait Ben Haddou tidak berubah, memberikan pemandangan menakjubkan ke era yang telah dilupakan, serta menggambarkan kehidupan masyarakat yang tinggal di kawasan desa Maghribi.

 

ESSAOUIRA, MAGHRIBI

  • ‘Astapor’ dalam GoT

Di Maghribi, peminat akan mendapati bahawa dinding tebing bandar Essaouira juga digunakan sebagai set bandar fiksyen ‘Astapor’, di mana naga Daenerys terbang pada musim ketiga.

Essaouira paling dekat di hati penggemar GoT sebagai rumah tentera yang sangat mahir yang dikenali sebagai Unsullied.

Dalam kehidupan sebenar, Essaouira adalah sebuah bandar pelabuhan di pantai Atlantik di Maghribi yang terkenal dengan makanan laut segar dan pengeluaran minyak argan tradisional serta bandar lama pada abad ke-18 yang bertuliskan UNESCO yang dipenuhi dengan kedai-kedai seniman tempatan.

 

Pengembaraan lebih mudah dengan Traveloka

Meskipun perjalan ke negara-negara yang dinyatakan berkemungkinan menanggung kos yang tinggi, anda boleh menetapkan price alerts dengan rakan perjalanan yang boleh dipercayai seperti Traveloka.

Ia akan membolehkan anda menerima notifikasi diskaun langsung untuk destinasi pilihan, syarikat penerbangan dan penginapan yang sepadan dengan bajet, serta akan memudahkan pemantauan harga bagi membuat keputusan ekonomi yang tepat.

“Lokasi-lokasi rancangan bersiri luar biasa yang telah menjadi popular ini harus dikongsi dengan seluruh dunia.

“Di Traveloka, kami memperkasakan penemuan dan menjadikan impian anda sesuatu yang nyata dan dapat dirasai melalui perjalanan kerana tiada destinasi yang tidak boleh dikunjungi,” ujar Pengurus Negara Traveloka untuk Malaysia dan Singapura, Halif Hamzah.

Untuk maklumat lanjut mengenai Traveloka, layari https://www.traveloka.com/en-my/.

 

Sumber maklumat & foto: Traveloka

Ingin berkata sesuatu?

Sila berhubung!

Dari gua lava di Iceland, di mana Jon Snow dan Ygritte bermalam, ke bandar pantai Essaouira di Maghribi di mana Daenerys membebaskan Unsullied, di situ terdapat lapan lokasi GoT yang boleh dilawati untuk mencari semula dunia naga, White Walkers dan Iron Throne.