8 Tip Menghiasi Bilik Kecil Agar Nampak Luas Bergaya

Suka Rahayu Mat Nah 25-Jul-2019

Bosan dengan dekorasi bilik anda yang kelihatan sesak dan sempit? Mungkin sudah sampai masanya untuk anda lakukan ‘make over’ agar ruang beradu itu tampil lebih menarik dan kelihatan lebih luas.

Walaupun idea reka bentuk moden dan mewah sering memberitahu anda bahawa anda perlu mempunyai ruang duduk, pejabat kecil, atau katil bersaiz king, tapi sesekali lupa bahawa utama bilik tidur adalah untuk melepaskan lelah setelah seharian sibuk dengan rutin harian.

Jadi, biarpun bilik tidur anda kecil, pastikan ia berfungsi dengan baik dan memberi keselesaan yang maksimum. Jika anda tidak tahu cara melakukannya, ikut tip atau idea berikut membuktikan ruang kecil juga boleh bergaya.

 

1) Warnakan dinding dengan warna-warna cerah

Warna putih adalah pilihan yang sangat praktikal untuk bilik tidur kecil. Ia menghalang ruang daripada kelihatan terlalu padat atau berkotak-kotak.

Menggunakan warna putih atau warna-warna pastel seperti biru lembut, kelabu cair, ungu cair dan krim boleh mencerahkan ruang terutamanya jika bilik itu tidak mempunyai tingkap.

 

2) Tolak katil ke tepi dinding

Untuk memaksimumkan ruang lantai, tolak katil anda ke dinding. Kesannya akan mewujudkan kawasan tidur yang terasa lebih selesa.

Jika suasananya nampak seperti bilik asrama, apa kata tambah ‘headboard’ pasang siap untuk mencipta gaya pereka hiasan dalaman. Selain itu boleh gunakan lampu tidur krom untuk gaya lebih versatil.

 

3) Gunakan perabut yang tidak mengambil banyak ruang

Beberapa inci ruang tambahan adalah sangat penting untuk sebuah bilik yang kecil. Jadi, lupakan perabot yang ‘bulky’. Pilih bingkai katil dengan rekaan minimalis seperti yang banyak disediakan oleh gedung perabot, IKEA.

Jika mahukan meja kerja, pilih meja yang juga boleh dijadikan tempat duduk ketika ketika perlu. Kalau perlukan tempat simpan barang selain almari, beli ottoman yang mempunyai ruang penyimpanan.

4) Tambah kertas dinding

Hanya kerana bilik tidur anda kecil ini tidak bermakna ia perlu membosankan. Tampal kertas dinding dengan corak menonjol pada dinding tumpuan (feature wall).

Jangan silap pilih motif kertas dinding. Ini kerana motif yang salah akan membuatkan bilik kelihatan lebih sempit dan berserabut. Sebagai contoh, gunakan kertas dinding yang coraknya besar-besar dan menegak.

Satu lagi cara untuk mencipta ilusi ruang yang lebih luas ialah dengan menampal kertas dinding pada siling. Ini kerana mata penghuni bilik akan cenderung memandang secara menegak dan ini memberi ilusi ruang yang lebih tinggi dan luas.

 

5) Gunakan karpet atau hamparan (rug) bercorak geometri atau berjalur

Dengan menggunakan karpet atau hamparan berjalur, mata akan tertipu dengan ilusi yang kelihatan lebih lebar atau panjang daripada saiz sebenar bilik. Selain itu, boleh juga gunakan karpet yang menampilkan ciri-ciri ‘Scandinavian’ untuk lebih gaya.

 

6) Gantung barang-barang atau peralatan yang sesuai

Jika anda tetap mahu meletakkan skrin televisyen di dalam bilik, pastikan ia digantung di dinding, bukan meletakkannya di atas rak TV. Begitu juga dengan rak buku, lebih baik gantungkannya.

 

7) Pasang langsir yang sesuai

Sebaiknya guna material yang ringan dan berwarna lembut. Ini bukan bermakna anda perlukan mengorbankan kualiti tidur anda.

Masih boleh menggunakan fabrik anti-cahaya, tetapi pastikan juga anda memasang langsir sheer untuk mencerahkan bilik pada waktu siang.

Satu lagi tip ialah, langsir juga lebih elok dipasang penuh atau ‘full height’ untuk memberi ilusi ruang yang lebih tinggi dan luas.

Sumber : https://freshome.com / www.impiana.my

Kredit foto : Christopher Jolly, Steven Ungermann, Unsplash / ikea.com / www.homestratosphere.com