96 pemain remaja dipilih ke peringkat akhir

Uncategorized Adea Ghafar 17-Dis-2019

KUALA LUMPUR, 17 Dis — Program Juara Tangkis Tun Dr. Siti Hasmah telah menyaksikan seramai 96 pemain remaja dipilih daripada 400 peserta untuk ke peringkat akhir kejohanan, kata pengarah program, Rashid Sidek.

Peserta berumur antara 13 ke 18 tahun dan terbahagi kepada lapan kumpulan kendalian lapan bekas pemain negara, Foo Kok Keong, Rahman Sidek, Cheah Soon Kit, Ong Ewe Hock, Koo Kien Keat, Roslin Hashim, Zakry Latif, dan Woon Khe Wei.

Kejohanan akan mengikut format Piala Sudirman dalam lima kategori, dan wang tunai RM20,000 akan menanti johan berpasukan. Bermula Jumaat, kejohanan akan berlangsung di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Bangi.