AADK sedia kerjasama dengan pengusaha pusat hiburan atasi masalah dadah

Uncategorized Syed Safri 19-Dis-2019

KUALA LUMPUR, 19 Dis — Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Seri Zulkifli Abdullah mengumumkan  hasrat AADK untuk bekerjasama dengan para pengusaha pusat hiburan bagi menyokong usaha memerangi masalah penagihan dadah.

Beliau yang ditemui di sesi dialog bersama 200 pengusaha kelab malam, pusat hiburan dan penganjur hiburan di Selangor dan Kuala Lumpur, memberikan statistik terkini yang menunjukkan 70% pengunjung premis hiburan yang terlibat dengan dadah berumur antara 15 ke 35 tahun.

AADK berharap kempen poster, iklan dan video klip anti dadah yang diadakan di dalam premis, selain menyediakan hiburan yang bebas dadah, akan berjaya mengurangkan aktiviti penyalahgunaan dadah.