Abbas bantah pembukaan hospital medan AS di Gaza

Uncategorized Adea Ghafar 07-Dis-2019

RAMALLAH, 7 Dis — Agensi berita Turki Anadolu melaporkan, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata di mesyuarat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO,) beliau tidak akan membenarkan sebuah hospital medan Amerika Syarikat (AS) dibuka di Semenanjung Gaza.

Hospital yang dirancang untuk dibuka di utara Gaza bersempadanan Israel itu dibiayai badan bukan kerajaan Amerika, Friend Ships.

Langkah tersebut menunjukkan bahawa Perjanjian Abad, iaitu pelan Presiden Donald Trump untuk mencapai perdamaian antara Palestin dan Israel, sedang direalisasikan seksyen demi seksyen.

Israel telah mengenakan sekatan ke atas kehidupan di enklaf pesisir Gaza pada 2007 selepas kumpulan Hamas Palestin menguasai kawasan tersebut daripada pesaingnya, Fatah.