Abdul Hadi Awang hadir ke Perhimpunan Agung UMNO

Uncategorized MAS 06-Dis-2019

Perhimpunan Agung UMNO ke-73 menerima kunjungan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang Bersama 30 orang lagi pimpinan tertinggi PAS. Kehadiran pemimpin tertinggi parti PAS dilihat sebagai membalas kunjungan pemimpin UMNO ke muktamar PAS ke-64 tahun lepas.

Kedua-dua parti yang dahulunya bermusuhan itu telah memeterai Piagam Muafakat Nasional pada September lepas. Keputusan untuk menjadikan Muafakat Nasional sebagai badan berdaftar akan dibuat menjelang Februari 2020.

Lantaran kekalahan UMNO pada Pilihan Raya Umum lalu, dua peratus ahli telah keluar parti. Proses pemutihan keahlian telah dijalankan pada Oktober 2018 hingga Februari lepas. Keahlian UMNO kini adalah seramai 3,292,667 orang dengan jumlah cawangan sebanyak 22,156 cawangan.