Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya

Adakah Sah Solat Ketika Azan Berkumandang?

Sahsiah Nor Syariza Tahir 16-Okt-2019

Adakah kita sering terkejar-kejar masa setiap hari untuk melaksanakan pelbagai tuntutan seperti kerja, menghantar dan mengambil anak di sekolah, memasak untuk seisi keluarga dan mengemas rumah selepas pulang dari kerja?

Bagaimana pula dengan tuntutan yang wajib dilaksanakan oleh seorang yang beragama Islam, iaitu tuntutan solat?

Adakah kesibukan kerja kita seharian sering membuatkan kita terlepas waktu solat atau sering bersolat pada hujung-hujung waktu?

Dan ada masanya pula kita perlu bersolat sebaik sahaja terdengar laungan azan dan masuk waktu tanpa menunggu azan berakhir dek perlu bergegas untuk melakukan urusan yang seterusnya.

Pernahkah kita terfikir bahawa adakah solat kita itu sah?

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, mengerjakan solat ketika azan berkumandang adalah sah solatnya.

Ini kerana azan merupakan tanda masuknya waktu solat dan di antara syarat sah solat adalah mengerjakannya setelah masuk waktu.

Namun menurutnya, melakukan solat selepas selesai laungan azan adalah lebih afdhal.

Ini bertepatan dengan hadis daripada Abdullah bin Amr R.Anhuma, sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:

“Apabila kamu mendengar seruan muazzin, jawablah sepertimana yang diucapkannya. Kemudian berselawatlah ke atasku, sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali. Kemudian mohonlah kepada Allah wasilah untukku iaitu satu kedudukan di dalam syurga yang tidak dikurniakan kecuali kepada seorang di kalangan hamba Allah, dan aku berharap akulah orangnya. Sesiapa yang memohon kepada Allah wasilah untukku pastilah dia mendapat syafaat.” – Riwayat Muslim (384)

Oleh itu, melakukan solat selepas selesainya azan dapat memberi kelebihan kepada kita untuk melakukan tuntutan yang disunatkan semasa azan berkumandang seperti menjawab azan, berselawat dan memohon doa kepada Allah S.W.T.

Dengan melakukan perkara-perkara tersebut, kita akan mendapat ganjaran istimewa yang dijanjikan Allah.

Justeru, adalah lebih afdhal jika kita menunggu azan habis dilaungkan sebelum menunaikan solat walau sesibuk mana pun kita.

Apa yang paling penting, kita selalu ingat bahawa solat itu adalah tiang agama dan rukun Islam yang wajib ditunaikan seperti firman Allah dalam surah Al-Nisa’, ayat 103 yang bermaksud:

“Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.”

 

Sumber: Laman rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Foto: Orest Sv, Vjapratama (Pexels) & Rifky Nur Setyadi, Utsman Media (Unsplash)

Related articles
Pendapat Pendapat
MAS
Kolumnis

Konsisten. Cuba untuk mula tidur pada masa yang sama setiap malam dan bangun pada waktu yang sama setiap pagi. Termasuk ketika hujung minggu. Tubuh manusia gemarkan rutin dan akan mampu menjangkakannya jika kita memiliki dengan rutin tidur yang teratur. Sebagai peringatan cuba tetapkan penggera pada telefon untuk berbunyi 30 minit sebelum memulakan rutin bertenang (wind-down).

Teruskan Teruskan
Pendapat Pendapat
MAS
Kolumnis

Penyongsangan sangat berguna untuk mencabar kepercayaan kita. Ia memaksa kita untuk menimbangkan hujah-hujah yang bertentangan. Penyongsangan menghalang kita daripada terus membuat keputusan sejurus selepas kesimpulan awal. Ia adalah satu teknik untuk mengatasi kecenderungan yang berat sebelah (confirmation bias).

Teruskan Teruskan
Pendapat Pendapat
Adea Ghafar
Adea Agi
Kolumnis

Bagaimana caranya kita boleh hidup sihat dalam bahagia? Sebagai tambahan kepada memiliki warisan baka atau genetik yang subur, kehidupan yang sihat dan bahagia bergantung pada tabiat dan minda yang baik. Ia tidak boleh dicapai secara tidak sengaja. Dengan pengamalan kepercayaan dan ajaran Islam, contohnya memupuk sikap positif, beribadat, sifat bertanggungjawab dan mempunyai nilai moral - seseorang itu pada dasarnya telah mengamalkan tabiat dan minda yang baik dan dapat mengekalkan kesejahteraan psikologi melalui kebahagiaan iman.

Teruskan Teruskan
Kepercayaan Adea Ghafar 23-Jan-2020 Menyemai rasa cinta kasih keluarga