Aerodyne sasar jadi penyedia perkhidmatan dron nombor satu dunia

Uncategorized MAS 08-Dis-2019

Kumpulan Aerodyne bermatlamat menjadi penyedia perkhidmatan dron terulung dengan sumbangan pendapatan lebih tinggi dari luar negara tahun depan. Syarikat berkenaan telah mengambilalih sebuah syarikat Amerika Syarikat dan meramalkan transaksi dari negara lain kelak.

Kamarul Muhamed menyatakan Aerodyne berada di tempat ketiga dalam senarai Penyedia Perkhidmatan Dron 2019 oleh DRONE Industry Insight (DRONEII). Kedudukan ini berdasarkan parameter saiz syarikat, penguasaan pasaran dan perhatian awam dan meningkat dari tangga ketujuh tahun lalu.

Lebih 60% pendapatan kini hasil dari Malaysia dan selebihnya dari luar seperti Australia, Denmark, United Kingdom dan Amerika Selatan. Aerodyne juga merancang memasuki pasaran baru seperti China yang sangat berpotensi.