Agihan pendapatan ASB 5.50 sen seunit

Uncategorized Yen Doran 18-Dis-2019

Permodalan Nasional Bhd (PNB) menerusi anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) pada 18 Disember, mengumumkan agihan pendapatan 5.00 sen seunit dan bonus 0.50 sen untuk dana utamanya Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019.

Pengumuman berkenaan dibuat oleh Pengerusi PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz di Kuala Lumpur.

Agihan pendapatan bagi tahun 2019 berkurang sebanyak 1.50 sen seunit banding 6.50 sen seunit tahun lepas manakala bonus adalah tetap sama.

Agihan pendapatan ASNB sebanyak 6.50 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit tahun 2018 yang dianggap sebagai pulangan terendah dalam sejarah.