Agong hadir majlis graduasi ketenteraan anakanda

Uncategorized Syed Safri 13-Dis-2019

LONDON, 13 Dis (Bernama) — Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Yang di-Pertuan Agong Malaysia berada di alma mater baginda, Akademi Tentera Diraja Sandhurst (RMAS) untuk menghadiri majlis tamat latihan ketenteraan anakandanya, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Majlis dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Sophie, Countess of Wessex dan Sultan Abdullah yang juga merupakan graduan akademi itu dari kelas 1980, turut diberi penghormatan untuk menerima tabik hormat perbarisan.

Muhamad Muiz Muzammil Mukhtar, juga rakyat Malaysia termasuk antara 242 pegawai kadet yang ditauliahkan di majlis itu.

Sultan Abdullah dan isteri berada di UK untuk lawatan khas sehingga 16 Disember.