Agong lawat Perpustakaan British di UK

Uncategorized Adea Ghafar 11-Dis-2019

LONDON, 11 Dis — Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah melawat Perpustakaan British dan dibawa melihat koleksi surat diraja dan manuskrip dalam tulisan Jawi.

Baginda dalam lawatan khasnya itu telah disambut pengerusi Perpustakaan British, Dame Carol Black. Perpustakaan British sebagai antara perpustakaan terbesar di dunia mempunyai lebih 170 juta item pelbagai bahasa dan kumpulan kepercayaan.

Ketua Seksyen Asia Tenggara, Datuk Dr Annabel Teh Gallop telah menunjukkan satu carta abad ke-17 mengenai Asia Tenggara dan pelan perancangan bandar Melaka. Dianggarkan terdapat 10,000 buku, majalah dan akhbar bercetak dan 1,000 manuskrip bertulisan tangan dalam Bahasa Melayu dan Jawi.