Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya

Ahli termuda persatuan IQ tinggi global adalah seorang kanak-kanak lelaki Melayu muslim yang menetap di Britain

IQ, MENSA
© Weeranuch Laometakone | Dreamstime.com

Salah seorang ahli termuda yang pernah diterima menjadi ahli Mensa, persatuan IQ tinggi dunia, tinggal di Britain dan namanya ialah Muhammad Haryz Nadzim.

Haryz mencapai skor IQ yang luar biasa, iaitu sebanyak 142 dalam ujian Stanford Binet – yakni berada dalam lingkungan 0.3% daripada jumlah penduduk – dan kini telah dijemput untuk menyertai British Mensa, sebuah kelab khusus bagi golongan yang sangat pintar.

Haryz berusia 3 tahun.

Mensa adalah persatuan IQ tinggi yang terbesar dan tertua di dunia.  Ia diasaskan di Oxford pada tahun 1946 oleh Roland Berrill, seorang peguam, dan Dr Lance Ware, seorang saintis yang juga seorang peguam.

Ibu bapa Haryz, Anira dan Mohd dari Durham yang kedua-duanya jurutera, mengatakan bahawa mereka tidak pernah menyangka yang anaknya akan menunjukkan tanda-tanda kecerdasan luar biasa pada usia semuda itu.  Mereka fikir ia adalah perkara biasa.

‘Kami tidak mempunyai banyak pengalaman, jadi pada fikiran kami, beginilah agaknya keadaan anak-anak,’ kata Anira.  ‘Hanya ketika dia sudah mula pergi ke tabika yang kami diberitahu dia lebih maju daripada kanak-kanak lain, barulah kami sedar keistimewaannya.

‘Ketika dia berada di tabika, dia sudah boleh membaca keseluruhan buku daripada sebahagian besar buku-buku cerita kegemarannya.’

Selepas menyedari bahawa pada usia dua tahun Haryz sudah boleh mengingati dan membaca keseluruhan cerita, ibu bapanya memulakan sebuah saluran YouTube bernama Little Haryz, supaya kanak-kanak lain boleh menonton dan menjadi dorongan buat mereka.

Keluarga Haryz berasa gembira kerana dia telah diterima menjadi ahli Mensa, dan mereka berharap ini adalah langkah pertama dalam perjalanannya ke arah mencapai perkara-perkara yang lebih hebat.

Haryz dijangka menjadi ahli termuda dalam persatuan yang sangat eksklusif ini.