Air Nabeez Sumber Tenaga Ketika Berpuasa

Bagi anda yang kurang gemar memakan makanan yang berat ketika sahur, apa kata anda cuba minum air nabeez, iaitu air yang direndam buah kurma semalam.

Air nabeez adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang kelebihan asam pada perut dan memulihkan sistem pencernaan tubuh.

Minuman ini juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin yang berbahaya di dalam tubuh. Dalam kata lain ia berguna sebagai sebagai detoks. Disebabkan air nabeez tinggi akan kadar serat, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik dan meningkatkan serta menajamkan fikiran agar kita tidak mudah lupa.

Cara-cara membuat air nabeez:

1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dalam 500ml ke 1 liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma. Ada juga yang guna kismis tapi jangan campur .

2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk. Tutup bekas air jangan biarkan terbuka.

Air ini boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi pada hari-hari lain di luar bulan Ramadan. Amalkan semasa perut kosong.

Khasiatnya:

1. Pemberi dan pemulih tenaga (inilah sebab mengapa kita disunahkan untuk memakan buah kurma sewaktu berbuka puasa).

2. Tinggi kandungan serat– menghapuskan kolestrol jahat yang terkumpul di dalam tubuh. Sangat bagus dalam menghilangkan sembelit (atau meredakan & memulihkan diri dari sembelit).

3. Pemberi zat besi yang sangat bagus.

4. Kaya dengan potassium– penting dalam menjaga jantung dan menstabilkan tekanan darah.

Tips untuk membuat air nabeez adalah jangan rendam terlalu lama kerana rasanya boleh bertukar menjadi masam. Selamat mencuba.

Kredit: Ummi Hamidah dan 8kabar

Foto: whattocooktoday.com