Ajak Shiro Bawa Anak-anak Berlakon Dalam Video Muzik

Setelah menamatkan tugas sebagai penyampai radio awal tahun lalu, pelawak dan pengacara terkenal, Ajak Shiro terus mengatur langkah baru dalam arena muzik.

Selepas tampil dengan single pertama ‘Ging Gang Guli’ kira-kira setahun lalu, kini Juara Maharajalawak Mega 2019 ini hadir dengan single kedua berjudul ‘Yang Mano’.

‘Yang Mano’ dicipta oleh gabungan komposer dan rapper terkenal Altimet bersama komposer berbakat besar Ezra Kong.

Lagu ini mengisahkan tentang pesanan seorang bapa kepada anak lelakinya dalam memilih pasangan hidup di mana bapanya berpesan supaya memilih calon seperti ibunya dan rentaknya berunsur catchy yang boleh diterima semua lapisan masyarakat.

Tambah menarik, video muzik rasmi ‘Yang Mano’ turut menampilkan kedua-dua anak lelaki Ajak iaitu Mohd Jad Thaqif, 9 dan Mohd Had Thaqif, 6.

Video muzik rasmi ‘Yang Mano’ boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia, manakala single ‘Yang Mano’ yang diterbitkan oleh Warner Music Malaysia boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music.

Kredit foto : Joeprcinternational