Ajinomoto Rasa Sifu Untuk Masakan Ala Restoran

Jika anda penggemar ‘street food’ pasti anda pernah mencuba hidangan yang dimasak dengan menggunakan api yang cukup panas.

Melihat tukang masak melakukan kerja-kerjanya, membuatkan diri teruja kerana api bagaikan ingin menyambar keseluruhan dapur. Yang pasti, teknik masakan sebegitu tidak mungkin berlaku di rumah dan ia membangkit rasa istimewa dalam hidangan.

Jadi bagaimana caranya untuk mendapatkan kelazatan masakan sebegini jika ingin memasak di rumah? Pasti ada caranya.

Perasa makanan, Ajinomoto (Malaysia) Berhad telah menghasilkan perasa baharu, semua-dalam-satu, ‘Rasa Sifu’ untuk membuatkan masakan di rumah rasa seperti di restoran!

Dengan ‘Rasa Sifu’ yang pertama seumpamanya di pasaran, kini semua orang boleh mencapai ‘Rasa Wok’ yang unik dalam masakan mereka. ‘Rasa Wok’ menggambarkan rasa unik yang dirasakan apabila anda menggoreng dengan api yang cukup panas sehingga wok atau kuali seumpamanya berapi.

Di tengah-tengah banyak perkakas, chef di restoran sering dilihat mempamerkan kemahiran mereka dengan melambung bahan-bahan masakan semasa menggoreng.

Kadang-kadang, makanan akan menangkap api dan tiba-tiba, api terpadam. Semua ini menyumbang kepada aroma wangi yang berlegar di udara sebelum makanan tiba di atas meja anda.

Dengan adanya ‘Rasa Sifu’, anda tidak perlu bersusah payah untuk mempelajari teknik masakan chef. Anda kini boleh menyediakan makanan berkualiti seperti yang disediakan oleh chef di restoran, tetapi di dalam keselesaan dapur anda sendiri.

Memasak kini lebih mudah dan lebih cepat dengan ‘Rasa Sifu’ perasa semua-dalam-satu yang datang dalam bentuk serbuk. ‘Kemanisan tiram’ adalah antara keunikan perisa serbuk ini.

Ia mengandungi jumlah ramuan asas yang mencukupi, sos berperisa tiram, bawang putih dan bawang merah tumis, serta bahan-bahan istimewa yang lain, untuk memahirkan masakan anda dengan rasa wok dan manis tiram yang istimewa.

Selain itu, ‘Rasa Sifu’ juga membuatkan sayur-sayuran bergoreng menjadi lebih lazat. Mana tahu  anak-anak anda akan lebih menikmati sayur-sayuran nanti. Makan di luar juga boleh dikurangkan dan ini lebih menjimatkan.

Paling utama, ia lebih sihat kerana anda tahu apa yang masuk ke dalam makanan, selain boleh mengeratkan ikatan kekeluargaan.

‘Rasa Sifu’ boleh didapati di pasar raya, pasar raya besar, kedai runcit dan kedai serbaneka dalam pek 20 gram, 100 gram dan 300 gram.

Kredit foto : www.ajinomoto.com.my