Akhirnya kes kecurian SIC selesai

Uncategorized Adea Ghafar 13-Dis-2019

POLIS berjaya merampas 42 komponen dan aksesori motosikal milik pasukan yang beraksi di perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), November lalu.

Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Asisten Komisioner Zulkifli Adamsah berkata rampasan bernilai lebih RM75,000 dibuat dalam beberapa siri serbuan dan tangkapan di sekitar Sepang dan Bangi, membabitkan enam suspek lelaki warga tempatan berusia lingkungan 23 tahun yang antaranya didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

Barang rampasan berharga dan jenama luar negara itu termasuk empat beg pelbagai jenama, 26 unit brek, dan berbagai jenis spanar, set pemanas tayar, jaket hitam berjenama dan lain-lain.