Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya

Akta Antiberita Tidak Benar boleh difikirkan semula

Kehidupan Adea Ghafar 30-Jan-2020
© Melpomenem | Dreamstime.com

Menurut Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang dimansuhkan boleh diketengahkan semula untuk menangani penyebaran berita palsu di negara ini. Walau bagaimanapun, undang-undang sedia ada yang lain juga boleh digunakan untuk menangani isu-isu ini. Pengembalian semula undang-undang Akta Antiberita Palsu memang boleh kerajaan fikirkan semula sebelum sebarang ketetapan diputuskan.

Muhyiddin berada di Bukit Aman dalam satu sidang media bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri, Mohd Azis Jamman dan Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador. Beliau mengulas kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said yang mengkritik kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar dalam menghadapi situasi penyebaran berita palsu berkaitan koronavirus dalam sosial media.

Pada 29 Oktober tahun lalu, Dewan Rakyat telah memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dan meluluskan Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2019. Selepas melalui proses undi belah bahagi, undang-undang itu telah diluluskan di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof. Majoriti yang bersetuju iaitu 92 ahli parlimen manakala yang tidak bersetuju adalah sebanyak 51 orang.

Mohamed Hanipa Maidin, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kerajaan PH komited memansuhkan akta itu dan sebagai ganti, menggunakan undang-undang lain untuk mencegah penyebaran berita palsu, contohnya Kanun Keseksaan dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998. Seterusnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan berita palsu yang bertujuan untuk membahayakan masyarakat. Sehingga semalam, tujuh orang ditahan berhubung dengan penyebaran berita palsu mengenai kes koronavirus.

Ingin berkata sesuatu?

Sila berhubung!