Alami Burnout masa bekerja? Ini lima panduan berkesan mengatasinya

Masyarakat Md Wa'iz
Terkini
Alami Burnout masa bekerja? Ini lima panduan berkesan mengatasinya
Alami Burnout masa bekerja? Ini lima panduan berkesan mengatasinya © Robert Kneschke | Dreamstime.com

Setiap daripada kita pasti pernah merasai tekanan atau stres disebabkan sesuatu perkara. Kadangkala, tekanan yang berlaku itu boleh menyebabkan sindrom burnout berlaku.

Burnout atau difahami sebagai keletihan kekuatan fizikal, emosi atau motivasi biasanya disebabkan oleh tekanan atau kekecewaan berpanjangan. Apakah cara mengatasi burnout yang boleh dilakukan?

Apkah maksud sebenar burnout?

Seorang ahli psikologi, Herbert Freudenberger telah mendefinisikan maksud burnout ini pada tahun 1970. Menurut beliau, burnout bermaksud keadaan stres melampau atau teruk yang boleh menyebabkan keletihan daripada segi fizikal, mental dan juga emosi.

Mereka yang mengalami sindrom burnout ini akan berasa bahawa dunia mereka sekadar untuk memenuhi kerja atau tanggungjawab yang diberikan.

Jika burnout ini tidak dirawat, ia boleh berkembang dengan lebih teruk sehingga menyebabkan beberapa kesan negatif lain. Antaranya ialah seperti penyakit jantung dan juga kemurungan.

Jadi, apa panduan atasi burnout yang boleh dilakukan?

Bagi mereka yang tidak begitu pasti apa yang ingin dilakukan apabila mengalami burnout, ikuti petua atasi burnout ini:

1. Pergi bercuti

Gunakan cuti tahunan anda dan pergilah bercuti bersama rakan atau insan tersayang. Jauhkan diri anda daripada punca burnout buat seketika dan caj kembali diri anda dengan melakukan perkara yang menyeronokkan semasa bercuti.

Tidak perlu sehingga ke luar negara, anda juga boleh menikmati percutian dalam negara. Ini adalah antara salah satu cara atasi burnout yang paling banyak dilakukan oleh ramai orang.

2. Gembirakan hari anda

Jika hari ini anda alami sindrom burnout, cuba fikirkan sebarang aktiviti yang boleh membuatkan anda menikmati hari anda dengan gembira.

Anda gemar menonton wayang? Simpan sedikit masa dan pergilah menonton wayang selepas tamat waktu kerja. Anda gemar berbasikal? Luangkan masa pada waktu petang untuk berbasikal bersama ahli keluarga. Lakukanlah sesuatu yang anda gemari pada hari ini.

3. Luangkan masa kosong 

Anda mungkin sibuk setiap hari. Tetapi anda mungkin tidak sedar bahawa kesibukan itulah yang menyebabkan anda alami burnout.

Oleh itu, luangkan sedikit masa setiap hari untuk anda berehat dan menenangkan diri. Jika tidak dapat selama satu jam, 30 minit juga sudah mencukupi. Perkara yang paling penting adalah anda mempunyai masa untuk merehatkan fizikal dan minda anda.

4. Tukar persekitaran anda

Salah satu sebab mengapa anda mudah alami burnout adalah kerana persekitaran anda. Mungkin anda sudah bosan atau sudah lama tidak melihat persekitaran baharu.

Jika sebelum ini anda banyak menghabiskan masa di dalam bilik kerja anda, apa kata anda cuba bekerja di lokasi lain pula. Mungkin ia boleh membantu minda anda untuk lebih ceria dan bertenaga. Ini juga adalah antara tip atasi burnout yang sangat berkesan.

5. Tidur sebentar atau nap (Qailulah) 

Tidak ramai yang begitu mengetahui manfaat tidur sebentara atau nap. Sebenarnya, tidur sebentar atau Qailulah (bahasa Arab) untuk tidur waktu tengah hari atau pada ketika anda sedang bekerja, boleh mengembalikan tenaga tubuh anda.

Ia juga merupakan sunah Rasulullah SAW dan membantu merehatkan tubuh badan anda selain merehatkan dan menyegarkan otak anda.

Lakukan petua atasi burnout di mana saja anda berada

Sebagai tambahan, makanan seimbang, senaman teratur, dan tidur nyenyak juga dapat mengelakkan keadaan keletihan kekuatan fizikal, emosi dan motivasi anda. Petua untuk mengatasi burnout ini bukan hanya sesuai ketika waktu kerja, tetapi juga pada bila-bila masa dan di mana jua.

Setiap kali anda alami burnout, cuba lakukan tip yang kami kongsikan ini. Insya-Allah, ia pasti berkesan!