Alfio Raldo Tampil Dengan Koleksi Raya

Jenama Alfio Raldo adalah jenama tidak asing lagi bagi pengemar fesyen kasut dan tas tangan. Jenama yang yang sudah dianggap sebagai simbol fesyen ini sentiasa mengikut peredaran fesyen bagi memastikan ia dapat bersaing dengan jenama-jenama fesyen yang lain.

Terbaru, Alfio Raldo melancarkan koleksi Hari Raya yang menampilkan gaya trendy, ranggi dan elegan. Sesuai dengan temanya, koleksi raya ini dipersembahkan dalam warna hitam, pastel, natural dan ‘bold’ untuk  digayakan pada musim perayaan nanti.


Menurut Pengarah Urusan Alfio Raldo, Encik Jordan Ling, koleksi Raya Alfio Raldo bukan sahaja terhad kepada pelanggan wanita. Ini kerana  terdapat juga koleksi jam tangan lelaki yang boleh digayakan pada bila-bila masa.

“Koleksi Alfio Raldo membolehkan sesiapa sahaja bergaya mengikut majlis dan aktiviti harian dengan penuh gaya mewah dan menawan hati. Terdapat kira-kira 50 rekaan terbaru untuk kasut dan beg tangan, dan ia berharga di antara RM19 ke RM499,” ujar Jordan Ling.

Antara rekaan yang termasuk di dalam koleksi Raya ini ialah wedges, tumit tinggi, sandal, sneakers dan loafers. Tidak ketinggalan koleksi tas tangan , tote bag, dan handheld untuk dipadankan dengan kasut dan persalinan di pagi raya nanti.


Satu keistimewaan Alfio Raldo ialah penghasilan produknya dilakukan dengan begitu teliti dan diperhalusi dengan jahitan yang amat sempurna setanding dengan jenama fesyen antarabangsa.

Kini Alfio Raldo bukan sahaja boleh dibeli di department store seperti Parkson Grand, Isetan & Metrojaya, tetapi jenama fesyen ini juga boleh dibeli secara online di Zalora, Lazada dan Shopee.

Untuk maklumat lanjut tentang produk-produk Alfio Raldo, sila layari https://alfioraldo.com.my/

Kredit foto : Alfio Raldo