Ali Huda: Jadikan aplikasi untuk kanak-kanak eksklusif ini pilihan keluarga anda!

Keluarga Contributor
Premium

Kehidupan era pandemik telah menyebabkan keluarga di seluruh dunia terkurung di rumah. Internet telah menjadi bahagian penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Kepada ibu bapa Muslim, topik penggunaan Internet boleh menjadi sukar untuk ditangani. Dan bagi anak-anak, ini boleh menjadi isu yang sensitif.

Walaupun Internet penuh dengan sumber ilmu seperti menerusi laman web YouTube, laman web khas untuk pembelajaran dalam talian, laman web berkonsep pendidikan Islam dan lain-lain, kita perlu terus membimbing anak-anak kita untuk menggunakan aplikasi Internet yang sesuai dan tidak berbahaya.

Ali Huda – eksklusif untuk anak-anak Muslim  

Adakah anda salah seorang daripada ibu bapa yang bimbang jika anak-anak anda akan menonton video yang tidak sesuai apabila mereka melayari Internet? Adakah anda risau jika anak-anak anda berasa bosan apabila belajar tentang Islam? Nah, kini Ali Huda tampil untuk menghiburkan anda dan anak-anak anda!

Memperkenalkan ‘Ali Huda’ – ia umpama ‘Netflix’ untuk anak-anak Muslim. Ali Huda adalah aplikasi platform penstriman didik hibur (edutainment) dalam talian yang menyeluruh bagi kanak-kanak Muslim, penuh dengan nilai-nilai keislaman untuk keluarga anda.

Ali Huda adalah saluran pendidikan dan hiburan ‘halal’ berpandukan shariah yang boleh dipercayai oleh muslim di seluruh dunia. Ia menawarkan platform hiburan Internet dengan kandungan yang berkualiti dan selamat. Ali Huda adalah alternatif terbaik untuk anak-anak yang gemar menonton kartun di TV atau YouTube, di mana kawalan terhadap iklan dan unsur-unsur yang tidak sesuai adalah minimum.

Platform ini mempunyai dua watak animasi utama berbahasa Inggeris yang bernama Ali dan Huda. Bersama rakan-rakan mereka, Ali Huda akan membantu anak-anak anda memahami kepentingan agama Islam yang agung dan tradisi serta amalan dalam agama Islam.

Apa keistimewaan platform Ali Huda?

Ali Huda menawarkan Perkhidmatan Penstriman Video Atas Permintaan (Video On Demand Streaming Service) kepada kanak-kanak yang berumur 2-12 tahun. Mereka akan dilayan dengan gembira dalam persekitaran yang selamat, yang dapat memupuk jiwa cintakan agama. Melalui Ali Huda, anak-anak anda juga akan dapat memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka.

Anak-anak anda akan menikmati berbagai manfaat melalui pelbagai kandungan yang disiarkan di platform dalam talian ini. Tontoni Ali Huda melalui platform yang boleh diakses pada bila-bila masa, di mana sahaja melalui lebih 100 peranti termasuk iOS, Android, MAC, PC, dan kotak penstriman media seperti Apple TV, AirPlay dan Chromecast.

Antara lain, Ali Huda menawarkan lagu-lagu Islam dan Nasyid yang dapat membantu anak-anak anda belajar mengenal dan mencintai Allah SWT dan para Nabi yang dikasihi. Terdapat rancangan Quran dan Bahasa Arab yang mengajar hafalan Al-Quran dengan cara yang menyeronokkan.

Ia juga mengemukakan saluran TV Islam dengan animasi yang menarik, di mana anak-anak anda dapat menonton cerita-cerita yang terkandung dalam Al-Quran, belajar mengenai Solat, Doa, Dua, Ramadan, Zakat, Haji, Umrah, dan banyak lagi.

Siri sains dan kraf pula menyediakan pembelajaran yang kreatif, menarik dan menghiburkan. Terdapat kuiz interaktif, cabaran dan aktiviti interaktif yang bermanfaat dan jauh lebih baik daripada menonton TV secara pasif.

Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Sila klik sepanduk iklan (banner) dalam talian khas Ali Huda yang terdapat dalam laman SalamWebToday dan sertai Ali Huda sekarang! Langgan, log masuk dan mula menonton. Anda juga akan mendapatkan diskaun penuh 50% apabila anda melanggan melalui SalamWeb.

Ayuh, bersama kita wujudkan suasana kehidupan berkeluarga yang lebih dirahmati Allah SWT. Melalui Ali Huda, anda memberikan pilihan terbaik kepada anak-anak anda. Semoga mereka akan menjadi umat muslim yang moden dan taat beragama, serta berpengetahuan dalam agama Islam di masa hadapan. Aamin.

Enjoy Ali Huda! Exclusive for your kids.