AllianceDBS Research kekal saranan beli FGV Holdings Berhad

Uncategorized MAS 12-Dis-2019

Firma penyelidikan AllianceDBS menyifatkan FGV berjaya melaksanakan majoriti sasaran dalam pelan transformasinya. Kejayaan matlamat menurunkan kos pengeluaran bukan ladang minyak sawit mentah (MSM) merupakan faktor utama kepada saranan beli.

Trend menaik harga MSM dijangka berterusan hingga tahun kewangan 2020 (FY2020) berpunca daripada kemerosotan bekalan minyak sawit akibat penurunan pengeluaran, gangguan bekalan disebabkan fenomena El-Nino dan harga minyak soya yang lebih tinggi.

Unjuran harga MSM juga dinaikkan kepada RM2,450 setan (FY2020) dan RM2,540 setan (FY2021). Pendapatan diunjurkan meningkat 31% (FY2020) dan 21% (FY2021) berdasarkan unjuran harga MSM yang lebih tinggi.

Harga sasaran (TP) dinaikkan kepada RM1.80 berbanding RM1.60 sebelum ini.