Amanah pilih pimpinan baru esok

Uncategorized Ahmad Mahmud 05-Dis-2019

Konvensyen Amanah Nasional 2019 bertemakan ‘Kestabilan Memacu Kemakmuran Bersama’ akan bermula esok di Ideal Convention Centre, Shah Alam, Selangor. Seramai 925 perwakilan dari 154 kawasan akan memilih Jawatankuasa Pimpinan Nasional buat pertama kalinya semenjak 2015.

87 calon telah disenaraikan bagi memilih 27 ahli jawatankuasa, termasuk seorang speaker dan timbalan speaker, dan dua juruaudit bagi 2019/2022. Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang akan merasmikan konvensyen ini layak bertanding, termasuk para pemimpin tertinggi seperti Timbalan Presiden, Salahuddin Ayub dan Naib Presiden, Dr Mujahid Yusof.

Konvensyen ini bakal menjadi medan muhasabah dan pemantapan prestasi dalam menilai kekuatan parti Amanah dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).