AmBank Research dan Affin Hwang Capital kekal saranan beli Top Glove Corporation

Uncategorized MAS 18-Dis-2019

AmBank Research mengekalkan saranan beli ke atas Top Glove Corporation dengan nilai saksama RM5.12. Syor dibuat berdasarkan pelan peluasan dan usaha peningkatan kualiti dan kecekapan operasi.

Prestasi pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia itu bagi suku pertama tahun kewangan 2020 selari dengan unjuran firma penyelidik berkenaan. Keuntungan bersih Top Glove meningkat 1.2% tahun-ke-tahun kepada RM111.4 juta, manakala keputusan suku-ke-suku meningkat 39.2%.

Affin Hwang Capital turut mengulangi saranan beli dan menaikkan harga sasaran kepada RM5.40 daripada RM5.20. Ini berikutan keputusan suku pertama tersebut melebihi jangkaan konsensus.

Namun Kenanga Research pula memberi saranan ‘kurang berprestasi’ dengan harga sasaran RM4.25 sesaham.