Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya

Ameer Tersingkir, Sham Kecewa & Wann Menyerlah Di Konsert GV Minggu Ketiga

Seni Helmi Anuar 29-Okt-2019

Hujung minggu lalu menyaksikan peserta kedua yang terpaksa meninggalkan pentas konsert Gegar Vaganza musim keenam iaitu Ameer Sofarz.

Ameer yang menyanyikan lagu ‘Samrah Mentar’i dendangan asal Dato Jamal Abdillah menjadi mangsa penyingkiran kedua selepas Mazleela yang tersingkir pada minggu lalu.

Tema ‘Aneh’ yang diberikan pada minggu ketiga ternyata terlalu aneh buat Ameer sehingga hanya mendapat markah sebanyak 54 peratus daripada juri lantas meletakkannya di kedudukan paling tercorot di antara 12 peserta.

Ameer sewaktu ditemui ketika sidang media selepas tamat konsert berkata, beliau sudah bersedia menghadapi penyingkiran kerana menyedari pesaing-pesaing yang lain juga bukan calang-calang.

Saya tidak pernah menyanyikan lagu berentak seperti ini. Patah lenggok lagu ini memang susah ditambah dengan rentaknya yang laju yang menuntut saya untuk menari di atas pentas. Semua ini adalah cabaran untuk saya.”

Sementara itu, seorang lagi peserta iaitu Sham Visa hampir mejadi mangsa penyingkiran pada minggu ini kerana berada di kedudukan dua terbawah.

Sham yang menyampaikan lagu ‘Sayang Sayang’ daripada Alif Aziz berasa agak kecewa kerana telah menghampakan para peminatnya.

Saya kecewa dengan persembahan saya pada malam ini. Namun saya bersyukur kerana masih berjaya melangkah ke minggu yang seterusnya. Seperti yang saya cakap sebelum ini, saya sudah lama tak menyanyi. Tadi saya agak sedikit gementar di atas pentas.”

Minggu lalu juga menyaksikan Wann begitu menyerlah dengan persembahan ‘Asmaradana’ nyanyian asal puan Seri Tiara Jacquelina. Wann nyata dapat membawakan lagu itu dengan caranya yang tersendiri sehingga mendapat tepukan dan sorakan yang gemuruh dari penonton di auditorium MBSA.

Saya sangat ‘nervous’ pada permulaan persembahan saya. Ditambah selepas saya nampak Puan Seri Tiara duduk di bangku hadapan. Pada mulanya saya menyanyikan lagu ini dengan ‘key’ asal. Tetapi di saat akhir Datuk Ramli MS menaikkan lagi satu ‘key’. Alhamdulillah saya lepas untuk ke minggu seterusnya. Saya tak kisah dapat nombor berapa yang penting saya dapat melangkah ke minggu seterusnya“.

Pada minggu keempat nanti, kesemua 11 perserta yang masih tinggal akan menyanyikan lagu duet bersama dengan artis undangan. Jangan lupa untuk saksikan konsert Gegar Vaganza pada hari Ahad jam 9 malam di Astro Ria.

Berikut adalah kedudukan serta markah peserta pada konsert minggu ketiga :

1. Naqiu – 82%%
2. Jatt – 80%
3. Wann – 74%
4. Nurfatima – 73%
5. Hady Mirza – 72%
6. One Nation Emcees – 70%
7. Roy – 69%
8. Norshila Amin – 65%
9. Kool – 59%
10. Feeza – 59%
11. Sham Visa – 58%
12. Ameer Sofarz – 54%