Anak sulung mangsa kemalangan di New Zealand turut meninggal dunia

Uncategorized MAS 08-Dis-2019

Nur Irfan Adanan, 15 tahun, anak pasangan Rumihati Abd Hamid, 49, dan Adanan Jemain, 49 meninggal dunia pukul 6.30 petang tadi, waktu tempatan (1.30 tengah hari waktu Malaysia). Ini menjadikan jumlah kematian kepada empat kesemuanya selepas pasangan suami isteri tersebut dan anak kedua mereka, Maisarah Arifah Adanan, 13, maut Jumaat lepas.

Keluarga berkenaan terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Lebuhraya Negeri 1, utara Kaikoura. Anak bongsu, Nur Arifah, 11, dilaporkan stabil dan sedang mendapat rawatan di Hospital Wellington.

Kesemua jenazah dijangka dikebumikan esok di Christchurch. Solat ghaib untuk jenazah akan dilakukan setelah semua urusan di New Zealand selesai.