Anggota Asal Exists Kembali Bergabung Dalam ‘Konsert Exists Reunion’

Umpama mimpi yang menjadi nyata, itulah yang boleh digambarkan oleh peminat setia kumpulan Exists apabila mereka bakal bergabung semula dalam sebuah konsert yang diberi nama Konsert Exist Reunion.

Konsert istimewa yang dibawakan khas oleh Shiraz Projects ini bakal menemui peminat pada 28 September 2019 bertempat di Stadium Malawati Shah Alam bermula jam 8.30 malam.

Apa yang paling istimewa tentang konsert ini adalah gabungan kesemua ahli-ahli yang pernah menyertai kumpulan yang ditubuhkan pada 1991 ini termasuklah Mamat (vokalis), Ezad (vokalis), Ajai (keyboard), Shah (gitar), Ujang (dram), Along (gitar) dan Musa (bass).

 

View this post on Instagram

Shiraz Projects is proud to present EXISTS REUNION CONCERT. The one and only reunion concert by @existsband that will feature all the original line up of the band. Let us relive treasured memories with the two leading vocalist, Mamat and Ezad. Guitarist Along and Shah. Bass Guitar, Musa. Keyboardist, Ajai and Drummer, Ujang. Get your tickets from 2 PM, 25th July 2019 onwards. Ticket available only at www.myticket.asia ▪ EXISTS REUNION CONCERT 28th September 2019 | 8.30 PM | Stadium Malawati Shah Alam ▪ @existsband @realmamat @ezadlazim @byajai @shahslam_ @alongexists @musaradhi @ujangexist #ExistsReunion #Exists #Reunion #ExistsReunion2019 #ExistsReunionConcert #ShirazProjects #StadiumMalawati #ShahAlam #2019

A post shared by ShirazProjects (@shirazprojects) on

“Adalah penting buat kami untuk mengumpulkan dan mendapatkan persetujuan kesemua anggota kumpulan Exists kerana tanpa formasi yang asal, maka saya boleh katakan projek ini tidak akan menemui objektif yang sebenar“, kata pengarah Shiraz Projects, Shirazdeen Karim.

Pada konsert itu nanti, Exists akan mengimbau kenangan silam bersama anda dengan mempersembahkan rangkaian lagu-lagu hits mereka seperti Rahsia Pohon Cemara, Untukmu Ibu, Mengintai Dari Tirai Kamar, Jesnita dan banyak lagi.

Harga tiket pula bermula dari RM700 (Meet & Greet), RM360 (Diamond), RM260 (Free Standing), RM160 (Platinum) dan RM130 (Silver). Untuk keterangan lanjut sila layari www.myticket.asia untuk tempahan tiket.