Buletin SalamWebToday
Sign up to get weekly SalamWebToday articles!
Maafkan kami, ralat berlaku disebabkan oleh:
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Syarat dan Dasar Privasi SalamWeb
 Seni Buletin

Angkat takbir banyak kali waktu solat kerana was-was? Hilangkannya segera!

Solat 23 Jan 2021
Terkini oleh Md Wa'iz
Angkat takbir banyak kali waktu solat kerana was-was? Hilangkannya segera!
Angkat takbir banyak kali waktu solat kerana was-was? Hilangkannya segera! © Odua | Dreamstime.com

Pernahkah anda mengulang-ngulang mengangkat takbir ketika hendak memulakan solat? Ia mungkin disebabkan oleh penyakit was-was atau keraguan.

Bagaimana untuk menghilangkan perasaan was-was ketika solat?

Perasaan was-was adalah gangguan syaitan

Terdapat beberapa takrif ‘was-was’ yang boleh difahami. Menurut portal Mufti Wilayah Persekutuan, was-was boleh difahami melalui beberapa pengertian seperti berikut:

  1. Was-was bermaksud gangguan yang dibisikkan oleh syaitan kepada manusia
  2. Ia adalah bisikan dalam diri kita sendiri yang meimbulkan keraguan atau rasa berbolak-balik
  3. Ia adalah sesuatu yang dibisikkan di dalam hati ketika melakukan sesuatu perkara sehingga melakukannya dengan berhati-hati secara berulang-ulang yang keterlaluan
  4. Was-was adalah satu penyakit pada akal manusia yang menyebabkan manusia bercakap sesuatu yang tidak berfaedah

Dalam al-Quran, banyak dinyatakan bahawa perasaan was-was ini berpunca daripada gangguan syaitan. Antaranya ialah seperti yang diterangkan melalui surah An-Nas, ayat 5 hingga 6 yang bermaksud:

“Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.”

Cara mengelakkan was-was ketika hendak bersolat

Bagi mengelakkan gangguan was-was ketika hendak bersolat, ada beberapa kaedah yang boleh kita lakukan bersama. Antaranya ialah:

1. Memohon pertolongan daripada Allah Taala

Allah Taala amat menyukai sekiranya hamba-hamba-Nya sentiasa meminta pertolongan daripada-Nya. Oleh itu, kita disarankan untuk meminta pertolongan terus daripada Allah  dengan berdoa.

Berdoalah agar kita dijauhkan daripada penyakit was-was ini.

2. Mendekati orang-orang alim dan soleh

Rakan yang baik akan mempengaruhi kita menjadi seorang yang baik. Rakan yang jahat juga akan membuatkan kita turut sama menjadi jahat. Oleh itu, sentiasalah berdamping atau berkawan dengan mereka yang soleh dan alim.

Ini kerana rakan yang soleh dan alim akan sentiasa mengajak kita untuk mentaati Allah SWT, seterusnya menjauhkan kita daripada hasutan syaitan.

3. Mendalami ilmu agama

Salah satu punca wujudnya was-was ketika bersolat ialah kurangnya pengetahuan agama Islam yang mendalam. Apabila kurangnya ilmu agama, maka kita sendiri tidak mengetahui apakah tindakan yang perlu dan sepatutnya dilakukan apabila timbul sesuatu masalah.

Dengan itu, kita kerap melakukan sesuatu secara berlebihan sehingga menyebabkan perasaan was-was dalam beribadah.

4. Yakin dengan amalan yang dilakukan

Setiap daripada kita perlu bersifat fokus dan yakin dengan amalan yang kita lakukan. Sikap fokus dan yakin akan membuatkan kita optimis dengan ibadah yang dilakukan.

Dengan itu, tidak timbul gangguan was-was dalam beribadah.

5. Kerapkan berzikir dan membaca al-Quran

Dengan membaca Quran dan berzikir, kita boleh menjauhkan keberadaan syaitan daripada diri kita. Kita dapat menjauhkan diri kita daripada bisikan jahat syaitan yang ingin merosakkan kualiti ibadah kita.

Oleh itu, kerapkanlah berzikir sekiranya mempunyai masa yang terluang.

Banyakkan membaca untuk kurangkan gangguan was-was

Sifat ragu atau was-was ini sering berlaku dalam kalangan kita. Kita sering berasa was-was ketika mengambil wuduk, ketika mengangkat takbiratul ihram bahkan ketika membaca bacaan dalam solat.

Oleh itu, banyakkan membaca penerangan berkenaan isu was-was ini agar kita tahu apa yang sebenarnya perlu dilakukan bagi setiap isu yang berlaku.

Dengan itu, perasaan was-was dapat dielakkan ketika beribadah.