Ankara-Kuala Lumpur dapat tingkat kerjasama dalam kewangan Islam – Presiden Erdogan

Uncategorized Hafiz Firdaus 19-Dis-2019

KUALA LUMPUR, 19 Dis — Peningkatan kerjasama kewangan Islam melalui bank-bank dan syarikat-syarikat swasta di Ankara, Turki dan Kuala Lumpur, Malaysia akan menghasilkan  manfaat bersama, demikian menurut Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semasa berucap di sesi meja bulat Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019.

Malaysia sebagai perintis dalam kewangan Islam dilihat dapat meningkatkan potensi penting ini di Turki, termasuk bidang-bidang bidang lain seperti teknologi dan inovasi. Negara-negara Islam perlu memanfaatkan kelebihan sumber, penduduk dan lokasi geografi masing-masing untuk faedah mereka di samping berusaha mengatasi masalah di antara mereka.

Turut hadir, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Iran, Hassan Rouhani.