Anthony Rota dipilih Speaker Dewan Rakyat Parlimen Kanada yang baru

Uncategorized MAS 06-Dis-2019

Setelah menyandang jawatan penolong timbalan speaker pada sesi parlimen lalu, Anthony Rota dipilih sebagai speaker ke-37. Beliau dipilih anggota Dewan Rakyat untuk mempengerusikan sesi ke-43 parlimen mengalahkan empat calon lain termasuk penyandang jawatan, Geoff Regan.

Ketika tempoh lima minit berkempen untuk jawatan speaker, beliau mendengar keutamaan untuk ahli-ahli dewan adalah supaya “mengekalkan ketenteraman dan rasa hormat dalam dewan”.

Ahli parlimen pembangkang dikatakan tidak berpuas hati atas tindakan Regan menegur mereka menyebabkan sesi soal jawab sering terganggu sepanjang tempoh beliau sebagai speaker.

Dalam ucapan sulung, Rota berikrar untuk berlaku adil, neutral dan memberi yang terbaik dalam Dewan Rakyat.