Anwar gesa semua pihak tidak teruskan sidang anti-, pro-Jawi

Uncategorized Adea Ghafar 23-Dis-2019

KUALA LUMPUR, 23 Dis – Berikutan kontroversi tulisan Jawi dan bantahan pengajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular Cina, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kumpulan pendidikan Cina Dong Zong agar tidak meneruskan sidang anti-Jawi. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga pada Jumaat lepas memberikan amaran kepada Dong Jiao Zong supaya membatalkan kongres anti-Jawi yang bakal diadakan pada 28 Disember ini.

Pertubuhan Melayu juga turut dinasihatkan tidak mengadakan sidang pro-Jawi sebagai membalas tindakan penganjuran sidang anti-Jawi kerana bimbang ia akan mengeruhkan suasana perkauman dan politik semasa.

Tulisan Jawi adalah sebahagian dari khazanah budaya bangsa Malaysia dan perlu dihormati oleh semua.